Thursday, 7 August 2014

Mood Raya masih "ON"

Assalamualaikum w.b.t

hai, hai, orang disana!


Orang di sini nak cerita pasal macam mana orang di sini sambut raya. Kesian orang di sini takdek kampung, kadang-kadang jeles jugak dengan kawan-kawan seuniversiti bila time pakat nak beli tiket balik kampung, sambut raya dengan datuk nenek. Sadisnya, orang di sini tak sempat merasa beraya bersama datuk dan nenek bila semuanya telah dipanggil Ilahi. 

Walaupon sadis, tapi hidup orang di sini masih 'bertuah' memiliki adik-beradik yang ramai sekali gus anak buah yang berderet. Mana taknya, kalau kira pakai jari pon tak cukup nak bilang; Kira-kira anak buah semuanya ada 23 orang! Impressive right?! itulah, ahli keluarga kami semuanya subur! hahaha

Jom flashback malam raya. Tepat jam 8 mlm (Ahad), semua ready depan tv tunggu pengumuman tarikh raya. Bila sah-sah raya keesokkannya, semua pakat serabut serabai nak prepare sambut raya. As always, orang di sini in charge susun atur perabot dan langsir. Fuhh, penat tuh kalau prepare soramg-sorang! Mana aci beb! dengan rendah diri orang di sini offer mana-mana anak buah tolong! tak sangka ramai jugak yang sudi, semangat raya lah katakan! orang di sini harapkan yang perempuan jer. Ada yang bantu-bantu dekat dapur, tukar sarung kusyen, sapu sampah, mop lantai, vacuum carpet, pasang langsir. Wahh, terharunya!! dah besar-besar semuanya.

Kerja pending sekejap bila love you mr. arrogant raya tayang dekat Tv. Macam pawagam je bila semua seat penuh, penangan drama adaptasi dari novel lah katakan. Diam tidak berkutik budak-budak nih tengok macam nak telan Tv sebijik tuh. Kejap-kejap kang gelak berjemaah. Orang di sini pon jadi 'terjangkit' sambil sembang sambil telan biskut raya. sabar aje lah!
"Sekejap lagi sambung mop"
"tunggu iklan, sambung"
Bertuah punya anak! haha

Meh nak "ceghita" pasai di pagi raya (seminggu yang lepas). Kita #Throwback pagi-pagi seawal 5:30 pagi dah start adik beradik plus anak buat kalut beratur depan bilik air. Mana taknya, ada 4 bilik air tapi semua nak guna satu bilik air yang dikira paling 'cantik' lah antara bilik air yang lain. orang di sini lah nombor satu mandi, siapa cepat dia dapat yer dok! Bila masuk subuh, semua rushing nak cepat, mulalah orang yang diluar teriak dekat orang di dalam. "Cepat sikit!" 
"mandi cowboy je lah!" 
"cepat, nak beyakk nih"
 "nak ambik wudu'" 
hah, itulah fenomena biasa saban tahun keluarga kami.

Di pagi yang mulia ini, ku susun sepuluh jari. Momen yang paling best di pagi raya selepas sembahyang raya biasalah kan, salam dan duit raya! Ramai-ramai berkumpul di ruang tamu, saling bersalaman. Yang lebih muda kena salam yang lebih veteran, mintak ampun halalkan makan minum. Syahdu terasa. 
Orang di sini pon walau dah berjangkau sweet 21 masih berharap ada yang nak bagi duit raya.HiHi lagipon, bila dah besar duit raya pon biasanya dapat 'besar' jugak. Segan tu segan jugak tapi dah orang nak kasi, terima aje.. adat melayu, kunjung mengunjung ke rumah jiran dah saudara mara. Pagi itu, orang di sini tak kemana pon, sibuk prepare bancuh air dengan hidang juadah. Biaslah, kita dah jadi anak dara kena lah 'extra rajin', tak boleh nak mengelat macam dulu-dulu. Lagipon kesian mak nak layan tetamu, beliau bukan kuat mana sangat. Tengah hari, bila kawan ajak raya baru orang di sini keluar beraya itupon selepas make sure ada yang gantikan tempat.

Second raya orang di sini berani mengelat kejap. Itupon sekejap je, keluar beraya bersama mr.Whitey yang masih berbau kedai. This raya, orang di sini dapat kereta baru, memang senang lah kan nak mena-mana beraya tapi kena jugak make sure mem besar izinkan. Bedesuup enjin bila dapat green light bole keluar beraya, terus roger-roger anak buah ikot beraya. Memang tak muat lah kete viva kecik, itu yang jadi konvoi dua kereta keluar beraya. Bila time bertandang rumah orang, segan pon ada, yer lah dah macam nak buat rombongan meminang. Paling tak boleh blah, anak buah yang tengah 'membesar', sudah gatai mereka wusha anak dara. Dah tuh, mintak orang di sini carikan target. Bukan main hasrat mereka, nak beraya rumah yang ada anak dara ajer. Hamboi, ingat orang di sini minah kepoh kampung semua benda tau?! memang tak lah! Hahaha

Jenuh lah nak melayan sang pujangga dan sang dewi yang sedang menginjak dewasa sedangkan orang di sini pon masih bujang trang tang tang. Bila mintak nak berguru pasal cinta, ini yang lemah. Kemaruk dah gamaknya nak bernikah awal. Kadang-kadang joking dengan mereka suruh ayah mak jodohkan macam trend sekarang "young couple" and "arrange marriage". Orang di sini pon failed bab-bab cinta nih, sorry laa salah talian!Kahkah
Seronok sebenarnya bila ada anak buah yang hampir sebaya usia, boleh share macam-macam. We are like close friends, besties. Because of me jugaklah, mereka sesama sepupu jadi rapat, jadi 'ghodong'.

Exhausted, orang di sini macam nak pengsan dah ke hulu-ke hilir, dapur dengan ruang utama bukannya dekat! Punyalah ramai datang bertandang, macam buat kenduri. Mujur ada akak ipar yang menolong, orang di sini memang lepas tangan bab-bab masak nih, jahanam satgi dapur mak. Siang-siang pesan tak payah nak risiko kan dapur suruh orang di sini masak. Cukuplah orang di sini sibuk-sibuk bancuh air, hidang kuih. Abang-abang pon membantu jugak, hengat tau, abang-abang semua pro pasal hal-hal dapur nih, laju ajer bila berkerja, sama laju dengan mulut yang pot pet pot pet. hihii

Raya keempat rata-rata semua packing barang nak check out balik. maka, sunyi lah rumah. Orang di sini pon jadi sibuk dengan tugasan 'mendobi' tuala. Orang di sini kene rajin-rajin sebab nak mintak izin beraya dengan member. Maka, terjadi lah 'raya sakan' di raya keenam. Orang di sini bersama kawan 3 orang menjelah segenap rumah yang dikenali, target utama rumah cikgu zaman sekolah menengah. Sempat lah beraya 5 buah rumah. Alhamdulillah...


Sekarang sudah raya yang ke-11 dan Rakyat malaysia masih dalam mood beraya. sempat jugak whatsapp dengan kawan yang jauh di perantauan, ulas beliau "sini raya kedua semua duduk rumah, tak rasa macam raya" kesian dia, nun jauh dari keluarga, rendang dan lemang. Orang di sini jadi pelik dan hairan, sebulan puasa sebulan raya lah kan?! tak percaya tengok jiran-jiran masih ligat buat open house.




Tika hati dicuit rindu,
tika jiwa terpaut sayang,
terdetik sudah ingin memiliki,
namun ia hanya lah mimpi...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...