Friday, 18 April 2014

MH370 semakin dilupakan?

Adakah benar rakyat kini semakin melupakan peristiwa kehilangan pesawat MH370? Tiada lagi post berkaitan kehilangan pesawat tersebut. Atau mungkin tiada cerita atau spekulasi boleh diutarakan? Mungkin juga memberi ruang kepada keluarga mangsa bertenang dan menerima hakikat dengan apa yg terjadi.

Sebolehnya kita husnuzun (bersangka baik) :)
Walau tak post, sekurangnya kita masih bole mendoakan mereka dan keluarga mangsa agar diberikan kekuatan.

Baiklah, mari kita singkap chronology secara ringkas:

8 Mac, seluruh dunia digemparkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 yang dalam pejalanan ke Beijing. Masih segar diingatan, semua tertanya-tanya kemana hilangnya pesawat milik MAS. Malahan, ramai juga yg ikut menyebarkan spekulasi-spekulasi yg ada diantaranya disokong dengan beberapa bukti lain. Akan tetapi, ada juga yg mengutarakan spekulasi kurang bijak menyalahkan pihak lain malahan kerajaan juga menerima tempias.

Disuatu sisi, kita dapat lihat beberapa negara menghulurkan tangan memberi bantuan teknikal seperti menyediakan dan mengeluarkan aset-aset milik negara masing-masing dalam tujuan menjejaki pesawat tersebut. Spekulasi tidak hanya berhentii kepada pesawat mengalami masalah teknikal, bahkan keluar di paper akhbar kebarangkalian pesawat berpatah balik adalah tinggi. Hampir berminggu berita kehilangan pesawat berada di ruangan paling hadapan di akhbar-akhbar dalam mahupun luar negara. Pertanyaan akhirnya terjawab apabila Perdana Menteri Malaysia mengesahkan route pesawat MH370 berhenti di Lautan Hindi. Seperti yang sedia tahu, Lautan Hindi amat luas dan dalam sehingga ada yg memanggil lautan tersebut "tempat paling sunyi di dunia".

Sehingga kini, kehilangan pesawat tersebut masih menjadi misteri yang perlu diungkap sehinggalah mengetahui keberadaan penumpang dan anak kapal seramai 239. Mereka masih disenaraikan sebagai "orang hilang". Beberapa negara masih meneruskan pencarian debris pesawat tersebut dan kotak hitam untuk mengetahui punca sebenar.

Meneruskan pembacaan:
http://www.cnbc.com/id/101485972

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/03/08/Missing-MAS-flight-Timeline/

http://www.nst.com.my/latest/font-color-red-mh370-tragedy-font-chronology-on-missing-plane-1.553241



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...