Sunday, 7 September 2014

it's okay it's LOVE

Asssalamualaikum..

brand new day everyone!

Pejam celik dah masuk semester baru dah adik-adik! haha
bukan masanya nak bermimpi, bangun lambat, mandi lambat dah.. sure pagi-pagi dah terkejar kesana kemari mencari kelas. Even student lama pon dah lupa mana bangunan IRKHS. Almaklum dah hampir 3bulan bercuti. terima kenyataan awak! T_T
azam baru akaq sem ni nk wusha abang-abang engine..kikii
takdek lah, siapa lah kita, hanya bunga dipinggiran~ ececehh
Mohon lecturer sem ini garang tapi pemurah nk bagi markah.. Sanggup kena 'bahan' asal markah boleh kawtim baekk punya!


Friday, 5 September 2014

farewell my friends. Goodbye for good

Assalamualaikum..


Terkesan dengan kata-kata nurkilan dalam novel bertajuk ANTHEM, Hlovate
"Everybody has a past, Everybody lives a present. And everybody deserves a future."

Malam ini momen yg sungguh mengharukan. Kami (Seda, Khaulah, Cik, Sanah, Aina, Zu, Yaya) mengadakan malam Barbecue. Agenda yang dirancang last minute tetap berjaya diadakan. Alkisahnya, bermulalah 'whatsapp warriors' sekadar berbasi-basi melantunkan buah fikiranm kononnya nak farewell party sempena tiga sekawan nak sambung degree, yang sorang uitm.. yg sorang uia, yang sorang lagi ke yarmouk bumi asing. Kira nak menyimpan memori indah bersama. Tapi sebenarnya tak lengkap sebab member lagi dua orang tak boleh turut serta kerana kekangan assignment yg bertimbun. Tak ingat siapa tapi ayatnya ala-ala berbunyi begini.."jom buat bbq". seconds later, semua reply "okay". Saya time tuhh masih belum tahu menahu sbb jarang on the line. Bila baca segala message, jenoh tangan nak scroll down, untuk pastikan perkhabaran tersebut. i was like "macam best jek". Bincang macam mensyuarat jawatankuasa kampung aje.. lokasi pilihan semestinya rumah saya. Alasan: sgt strategik kerana tak ramai famili. Pandai sungguh bebudak nih bagi idea.hahaha

Okay, barang semua siap beli. Termenung sekejap sebab tak tahu apa nak buat dengan seekor ayam yg tlh disembelih. Serius blurr tak tahu camne nak perap ayam! usaha tangga kejayaan dan kami berjaya!!

Bermula laa fire camp, cewahh! barbecue je pon.. tapi serius sangat seronok. kami memaasing ambik port ceghita pasai zaman muda mudi, tang tengah hingus still lap kat baju..wekk! semua ceghita ada dalam poket sebab kami semua membesar bersama dr zaman tadika sampai lah sekolah menengah. Sambil bakar2 ayam dok sembang kencang, gelak-gelak, makan sampai kenyang! Makanan macam-macam terhidang, ada ayam bakar, sosej, kerang, ikan keli, ikan patin, ikan tilapia, bihun singapore, tau fu fah, agar-agar milo, keropok, air sirap limau.. marbeles, tip top!




Setiap permulaan ada penhujung, tepat jam 11 malam semua dah sedia nak pack untukn balik selepas dah basuh segala periuk belanga. Uih, sempat lagi tu 'selfie' reramai.. posing dam macam model terkemuka...hahaha.. kenangan menggamit memori..bersama kita mencipta memori.Farewell my friend, bukan untuk selamanya tapi untuk sejenak masing-masing mengejar cita-cita. THE END.

p/s: we deserve a better future. Fly high my friend!





Thursday, 7 August 2014

Mood Raya masih "ON"

Assalamualaikum w.b.t

hai, hai, orang disana!


Orang di sini nak cerita pasal macam mana orang di sini sambut raya. Kesian orang di sini takdek kampung, kadang-kadang jeles jugak dengan kawan-kawan seuniversiti bila time pakat nak beli tiket balik kampung, sambut raya dengan datuk nenek. Sadisnya, orang di sini tak sempat merasa beraya bersama datuk dan nenek bila semuanya telah dipanggil Ilahi. 

Walaupon sadis, tapi hidup orang di sini masih 'bertuah' memiliki adik-beradik yang ramai sekali gus anak buah yang berderet. Mana taknya, kalau kira pakai jari pon tak cukup nak bilang; Kira-kira anak buah semuanya ada 23 orang! Impressive right?! itulah, ahli keluarga kami semuanya subur! hahaha

Jom flashback malam raya. Tepat jam 8 mlm (Ahad), semua ready depan tv tunggu pengumuman tarikh raya. Bila sah-sah raya keesokkannya, semua pakat serabut serabai nak prepare sambut raya. As always, orang di sini in charge susun atur perabot dan langsir. Fuhh, penat tuh kalau prepare soramg-sorang! Mana aci beb! dengan rendah diri orang di sini offer mana-mana anak buah tolong! tak sangka ramai jugak yang sudi, semangat raya lah katakan! orang di sini harapkan yang perempuan jer. Ada yang bantu-bantu dekat dapur, tukar sarung kusyen, sapu sampah, mop lantai, vacuum carpet, pasang langsir. Wahh, terharunya!! dah besar-besar semuanya.

Kerja pending sekejap bila love you mr. arrogant raya tayang dekat Tv. Macam pawagam je bila semua seat penuh, penangan drama adaptasi dari novel lah katakan. Diam tidak berkutik budak-budak nih tengok macam nak telan Tv sebijik tuh. Kejap-kejap kang gelak berjemaah. Orang di sini pon jadi 'terjangkit' sambil sembang sambil telan biskut raya. sabar aje lah!
"Sekejap lagi sambung mop"
"tunggu iklan, sambung"
Bertuah punya anak! haha

Meh nak "ceghita" pasai di pagi raya (seminggu yang lepas). Kita #Throwback pagi-pagi seawal 5:30 pagi dah start adik beradik plus anak buat kalut beratur depan bilik air. Mana taknya, ada 4 bilik air tapi semua nak guna satu bilik air yang dikira paling 'cantik' lah antara bilik air yang lain. orang di sini lah nombor satu mandi, siapa cepat dia dapat yer dok! Bila masuk subuh, semua rushing nak cepat, mulalah orang yang diluar teriak dekat orang di dalam. "Cepat sikit!" 
"mandi cowboy je lah!" 
"cepat, nak beyakk nih"
 "nak ambik wudu'" 
hah, itulah fenomena biasa saban tahun keluarga kami.

Di pagi yang mulia ini, ku susun sepuluh jari. Momen yang paling best di pagi raya selepas sembahyang raya biasalah kan, salam dan duit raya! Ramai-ramai berkumpul di ruang tamu, saling bersalaman. Yang lebih muda kena salam yang lebih veteran, mintak ampun halalkan makan minum. Syahdu terasa. 
Orang di sini pon walau dah berjangkau sweet 21 masih berharap ada yang nak bagi duit raya.HiHi lagipon, bila dah besar duit raya pon biasanya dapat 'besar' jugak. Segan tu segan jugak tapi dah orang nak kasi, terima aje.. adat melayu, kunjung mengunjung ke rumah jiran dah saudara mara. Pagi itu, orang di sini tak kemana pon, sibuk prepare bancuh air dengan hidang juadah. Biaslah, kita dah jadi anak dara kena lah 'extra rajin', tak boleh nak mengelat macam dulu-dulu. Lagipon kesian mak nak layan tetamu, beliau bukan kuat mana sangat. Tengah hari, bila kawan ajak raya baru orang di sini keluar beraya itupon selepas make sure ada yang gantikan tempat.

Second raya orang di sini berani mengelat kejap. Itupon sekejap je, keluar beraya bersama mr.Whitey yang masih berbau kedai. This raya, orang di sini dapat kereta baru, memang senang lah kan nak mena-mana beraya tapi kena jugak make sure mem besar izinkan. Bedesuup enjin bila dapat green light bole keluar beraya, terus roger-roger anak buah ikot beraya. Memang tak muat lah kete viva kecik, itu yang jadi konvoi dua kereta keluar beraya. Bila time bertandang rumah orang, segan pon ada, yer lah dah macam nak buat rombongan meminang. Paling tak boleh blah, anak buah yang tengah 'membesar', sudah gatai mereka wusha anak dara. Dah tuh, mintak orang di sini carikan target. Bukan main hasrat mereka, nak beraya rumah yang ada anak dara ajer. Hamboi, ingat orang di sini minah kepoh kampung semua benda tau?! memang tak lah! Hahaha

Jenuh lah nak melayan sang pujangga dan sang dewi yang sedang menginjak dewasa sedangkan orang di sini pon masih bujang trang tang tang. Bila mintak nak berguru pasal cinta, ini yang lemah. Kemaruk dah gamaknya nak bernikah awal. Kadang-kadang joking dengan mereka suruh ayah mak jodohkan macam trend sekarang "young couple" and "arrange marriage". Orang di sini pon failed bab-bab cinta nih, sorry laa salah talian!Kahkah
Seronok sebenarnya bila ada anak buah yang hampir sebaya usia, boleh share macam-macam. We are like close friends, besties. Because of me jugaklah, mereka sesama sepupu jadi rapat, jadi 'ghodong'.

Exhausted, orang di sini macam nak pengsan dah ke hulu-ke hilir, dapur dengan ruang utama bukannya dekat! Punyalah ramai datang bertandang, macam buat kenduri. Mujur ada akak ipar yang menolong, orang di sini memang lepas tangan bab-bab masak nih, jahanam satgi dapur mak. Siang-siang pesan tak payah nak risiko kan dapur suruh orang di sini masak. Cukuplah orang di sini sibuk-sibuk bancuh air, hidang kuih. Abang-abang pon membantu jugak, hengat tau, abang-abang semua pro pasal hal-hal dapur nih, laju ajer bila berkerja, sama laju dengan mulut yang pot pet pot pet. hihii

Raya keempat rata-rata semua packing barang nak check out balik. maka, sunyi lah rumah. Orang di sini pon jadi sibuk dengan tugasan 'mendobi' tuala. Orang di sini kene rajin-rajin sebab nak mintak izin beraya dengan member. Maka, terjadi lah 'raya sakan' di raya keenam. Orang di sini bersama kawan 3 orang menjelah segenap rumah yang dikenali, target utama rumah cikgu zaman sekolah menengah. Sempat lah beraya 5 buah rumah. Alhamdulillah...


Sekarang sudah raya yang ke-11 dan Rakyat malaysia masih dalam mood beraya. sempat jugak whatsapp dengan kawan yang jauh di perantauan, ulas beliau "sini raya kedua semua duduk rumah, tak rasa macam raya" kesian dia, nun jauh dari keluarga, rendang dan lemang. Orang di sini jadi pelik dan hairan, sebulan puasa sebulan raya lah kan?! tak percaya tengok jiran-jiran masih ligat buat open house.




Tika hati dicuit rindu,
tika jiwa terpaut sayang,
terdetik sudah ingin memiliki,
namun ia hanya lah mimpi...







Sunday, 29 June 2014

Salam Ramadan

Assalamualaikum w.b.t

Salam Ramadan kepada semua pembaca dan rakan blog.
Setelah lama tidak menaip atau post, jadi kekok pulak..
Anyway, selamat menjalani ibadah puasa kepada semua.

Puasa bukan hanya menahan diri dari makan dan minum tapi konsepnya lebih luas dan holistik. Pertama-tama kita hendaklah memaksimumkan ibadah dan bersederhana dalam perbelanjaan. Sah-sah ramai yang akan terlebih budget bulan ni bila telalu asik berbelanja pelbagai juadah di bazaar, sedangkan makan tidaklah banyak sangat... Istilahnya "impulsive buyer".. hati-hati yer kawan-kawan :D

Bulan penuh berkah ini juga untuk kita melatih diri dari sabar. Macam-macam dugaan yang nantinya akan mendidik hati kita untuk sabar. Lebih-lebih lagi yang sedang menjaga parents yang sedang uzur. Macam-macam 'feel' laa bila kita menjaga orang tua ni. Hati mereka mudah tersentuh dan terasa. sekali hati mereka terguris, susah laa. Namun, sentiasa ingat pengorbanan mereka yang dah membesarkan kita lebih besar dari apa yang kita mampu balas. Sebagai anak, kena lah banyak bersabar dan tersenyum. InsyaAllah semuanya akan dipermudahkan..


oke..itu sahaja dr saya :)

Friday, 18 April 2014

Routine harian Mr RED EGO and I

everyday is the same. Nothing miracle happen. I mean, Yet! haha

"Dulu aku sendiri..Kini masih sendiri...." See, tiap-tiap pagi menyanyi lagu yg sama sebab memang kena dengan diri sendiri. I am 21 years old and yet still single. There is no man could enter my private site, my heart. Actually, there is no man interest on me..not even approach me! Hahaha
Hence, here i am, with blog and my lovely bike mr. red ego. Dialah peneman setia dikalau aku kesunyian. Start enjin BRoooM brooM merayap kemana-mana. But, most of the time pergi kelas jer laa..

Final sem is approaching me instead, Ya Allah, banyaknya presentation, group assignment, acting, etc. Tersangatlah busy, lecture nih macam pakat-pakat bagi dateline minggu yang sama. sengaja jek! huhuu

Di masa-masa busy ni nasih baik selera makan memuncak. Al maklum jalan sikit ke kelas, ada stalls jual cupcakes, pavlova, cream puff, Kimbab, mini pretzel. Berlubang dompet kalau sepanjang sem ada jualan macam ni! 

tumpang promote product group TESL,awesome lah! mereka ada jual kimbab (mirip sushi tp bukan sushi) cekap betul mereka berniaga, pandai masak makanan korean pulak tu. it tastes good, seriously! they cooked only in the class but cleanliness 100%. hari ini last day. so, i nak promote kat you all gambar jelah..hihii




BlogWalking by DayangDeno


sebuah kapal milik negara Korea Selatan karam.







KUALA LUMPUR: Penumpang Feri Sewol yang karam di perairan Korea Selatan awal hari ini menceritakan detik-detik cemas mereka sewaktu berada dalam kapal tersebut.

Salah seorang penumpang mendedahkan bahawa sewaktu kejadian, semua penumpang diarahkan untuk tidak berganjak dan disuruh untuk kembali ke tempat sendiri.

“Pihak kru terus menyuruh kami untuk tidak berganjak dan duduk di tempat masing-masing,” seorang mangsa yang terselamat memberitahu saluran berita YTN.

“Tiba-tiba feri itu terangkat dan semua orang menggelongsor ke sebelah tepi. Ini telah menyebabkan kami sukar untuk keluar,” tambahnya.



SEOUL: Hampir 300 masih hilang selepas beberapa jam sebuah feri yang membawa 477 penumpang dan anak kapal karam di perairan selatan Korea Selatan, awal hari ini.

Setakat ini feri yang membawa kebanyakannya penuntut kolej itu sudah mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang manakala tujuh lagi cedera, kata pegawai Korea Selatan hari ini. 
Pegawai kerajaan sebelum ini melaporkan, lebih 100 orang masih belum dikira namun pegawai kemudian menukar jumlah yang hilang 295 orang. 


Terdapat kebimbangan mengenai jumlah korban yang ramai dengan berpuluh bot, helicopter dan anggota penyelam di kerah ke tempat kejadian berhampiran pulau peranginan terkenal Jeju.

Seorang penumpang berkata, beliau yakin ramai lagi yang terperangkap di dalam feri yang karam ketika kejadian berlaku jam 9 pagi waktu tempatan. - AP LANJUTAN


Sejurus berita diterima, kapal pengawal pantai, kapal dagang dan beberapa helikopter dikerahkan dalam operasi menyelamat itu.
Kapal yang membawa penumpang dipercayai dalam perjalanan ke pusat peranginan yang terletak di pulau Jeju mengalami masalah kira-kira 20 kilometer dari persisiran pantai negara itu.
Menurut seorang penumpang, mereka mendengar satu bunyi yang kuat sebelum feri itu terhenti, lapor AFP. – 16 April, 2014. LANJUTAN


With English (International newspaper)

-> Jindo, South Korea (CNN) -- The captain of a South Korean ferry wasn't at the helm of his vessel when it capsized, an official said Friday, raising another question about the man who families of the hundreds still missing have blamed most directly and emotionally for his part in the disaster.READ

->Almost 300 people remain unaccounted for after a ferry carrying 459 people capsized and sank off South Korea.
The ferry, carrying mainly school students, was travelling from the port of Incheon, in the north-west, to the southern resort island of Jeju.


Emergency teams are using floodlights and flares to search the stricken vessel through the night. Those rescued have been taken to a nearby island.
Four people are now said to have died and dozens of others have been hurt.
South Korean officials had earlier said that 368 people had been plucked to safety, but later said there had been a counting error.
They have now revised down the number rescued to 174.READ

MH370 semakin dilupakan?

Adakah benar rakyat kini semakin melupakan peristiwa kehilangan pesawat MH370? Tiada lagi post berkaitan kehilangan pesawat tersebut. Atau mungkin tiada cerita atau spekulasi boleh diutarakan? Mungkin juga memberi ruang kepada keluarga mangsa bertenang dan menerima hakikat dengan apa yg terjadi.

Sebolehnya kita husnuzun (bersangka baik) :)
Walau tak post, sekurangnya kita masih bole mendoakan mereka dan keluarga mangsa agar diberikan kekuatan.

Baiklah, mari kita singkap chronology secara ringkas:

8 Mac, seluruh dunia digemparkan dengan kehilangan pesawat MAS MH370 yang dalam pejalanan ke Beijing. Masih segar diingatan, semua tertanya-tanya kemana hilangnya pesawat milik MAS. Malahan, ramai juga yg ikut menyebarkan spekulasi-spekulasi yg ada diantaranya disokong dengan beberapa bukti lain. Akan tetapi, ada juga yg mengutarakan spekulasi kurang bijak menyalahkan pihak lain malahan kerajaan juga menerima tempias.

Disuatu sisi, kita dapat lihat beberapa negara menghulurkan tangan memberi bantuan teknikal seperti menyediakan dan mengeluarkan aset-aset milik negara masing-masing dalam tujuan menjejaki pesawat tersebut. Spekulasi tidak hanya berhentii kepada pesawat mengalami masalah teknikal, bahkan keluar di paper akhbar kebarangkalian pesawat berpatah balik adalah tinggi. Hampir berminggu berita kehilangan pesawat berada di ruangan paling hadapan di akhbar-akhbar dalam mahupun luar negara. Pertanyaan akhirnya terjawab apabila Perdana Menteri Malaysia mengesahkan route pesawat MH370 berhenti di Lautan Hindi. Seperti yang sedia tahu, Lautan Hindi amat luas dan dalam sehingga ada yg memanggil lautan tersebut "tempat paling sunyi di dunia".

Sehingga kini, kehilangan pesawat tersebut masih menjadi misteri yang perlu diungkap sehinggalah mengetahui keberadaan penumpang dan anak kapal seramai 239. Mereka masih disenaraikan sebagai "orang hilang". Beberapa negara masih meneruskan pencarian debris pesawat tersebut dan kotak hitam untuk mengetahui punca sebenar.

Meneruskan pembacaan:
http://www.cnbc.com/id/101485972

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/03/08/Missing-MAS-flight-Timeline/

http://www.nst.com.my/latest/font-color-red-mh370-tragedy-font-chronology-on-missing-plane-1.553241



Tuesday, 28 January 2014

humble not trouble- percutian persendirian

Assalamualaikum w.b.t

Mcm kna mop jek blog dah lma tak berstatus nih..
Habuk setebal buku dah agaknya..siap dgn kuman..( mengarut lebeh)

Tinggal 5 hari sebelum kembali ke sekolah.. Yeah! Xdek maknanya nak happy sbb alam university bukan semudah alam persekolahan..

Sebelum sem break, susah aku nak buat keputusan whether nak balik kampung atau bercuti ke overseas with my niece.. And i think i love mom more! Now, here i am.. Home sweet home! With her, i feels complete.. I misses her nags badly..haha

When i saw her, i want hugs her thighly..without her i think i will going insane.. Terkedu ak melihat rona tua diwajahnya.. "Ya Allah, jangan ambil dia dariku.." i' m not ready for losing her..I have no one except her... (cried)

I just stayed at home with her.. Shared things and stories. Orang kampung pon tak sedar aku balik agaknya.. Berkurung dalam rumah..spent time with her  for the whole times. Thanks mak for giving me money and bought a new phone.. Love u mom! Kadang2 aku tak menolak dipanggil anak manja mak sbb mmg itulah kebenarannya. My brothers also think that way.. Aku anak bongsu kan..lagipun sejak kecik aku x dapat merasai kasih sayang seorang ayah.. Aku reda...cukup lah mak...

Xnak balik uiam boleh tak?? Xnak berpisah dgn rabbits, Dgn mak..


P/s: thanks mak! I luv u~~










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...