Friday, 31 May 2013

Ulasan dan komen buku bertajuk MARIA (pergelutan tiga penjuru Islam-Ateis-Kristian)

Assalamualaikum..

Adakah anda telah membaca novel sastera Islam 'MARIA'???

Bagi yang baru sahaja tahu, 'MARIA' adalah sebuah novel sastera Islam hasil garapan dari penulis tekemuka Turki, Emine@Aminah Uzqan Syenlikoghu. Buku asal telah ditulis dalam bahasa beliau. Bagaimanapun, Buku terjemahan beliau boleh terdapat di mana-mana kedai buku berdekatan di Malaysia.

Maria adalah major karakter dalam buku ini. Maria adalah gadis Jerman. Jerman pada ketika itu sedang meningkat membangun. Maria berada dalam dilema apabila ibunya adalah fanatik mazhab Katolik manakala bapanya dan adiknya Bill pula tidak tergolong dalam mana-mana agama (Ateis). Malah bapanya begitu kuat mempertahankan fahaman liberal dalam aspek kehidupan. Bapanya telah menjadi agen meluaskan fahaman Ateis ke kebanyakkan negara termasuklah Egypt dan Turki. Pertemuannya dengan seorang pemuda dari Mesir telah membuka episod baru dalam usaha beliau mencari Tuhan. Berdebatan beliau bersama pemuda Mesir yang bernama Abdul Wahab telah memberi persepsi baru terhadap Agama Islam. Maria adalah katolik dan mestilah mempercayai kewujudan tuhan Jesus dan trinity (son, father and spirit), namun hujah Abdul Wahab tentang kewujudan Allah yang Esa telah merunsingkan beliau. Sebagai wanita moden, mestilah beliau rasa tercabar dengan setiap hujah yang dilontarkan Abdul wahab mengenai Tuhan. Setelah lama perkenalan beliau bersama pemuda Mesir, beliau mulai jatuh hati kepada budi perkerti lelaki Muslim. Malahan dia mulai meminati cara hidup orang Islam dan mula berusaha mengenal Allah. Dalam pencarian beliau mengenai Agama, beliau mengenal beberapa lagi karekter.

Dalam buku ini juga telah dijelaskan beberapa persepsi dalam kitab New Testament Bible yang bertentangan dengan dalil-dalil al-Quran yang boleh dijadikan rujukan pembaca. Selain itu, persoalan lain yang timbul dalam buku ini dapat membuka mata kita mengenai strategi Ateis dalam usaha menyesatkan umat. mereka memperkenalkan budaya baru yang bertentangan dengan budaya asal sesuatu negara. sebagai contoh, Ateis memanipulasikan fahaman rakyat Turki dengan sogokan pakaian seksi dan pertandingan ratu cantik. Terdapat juga kisah seorang paderi Katolik yang pada mulanya berdebat tentang kesempurnaan bible dibanding dengan al-Quran. Bagaimanapun Paderi tersebut mendapat petunjuk Tufiq dan Hidayah dan akhirnya memeluk Islam.

Dalam buku ini kita dapat lihat bagaimana Islam itu sebenarnya indah dan sempurna berbanding dari agama-agama lain. Islam itu tebina atas teras Tauhid kepada Allah. Belum pasti setiap muslim itu Islam tapi Islam adalah agama yang lengkap. Agama Islam Tidak ketinggalan zaman mahupun kolot malahan Islam itu sebenarnya memenuhi semua sudut kehidupan dan sesuai sepanjang zaman.

Sedar ataupun tidak dunia sekarang telah disogok dengan kemewahan dunia. Orang ramai berduyun mengikuti gaya hidup moden yang terpesong dari aqidah. Manusia sekarang lebih mengejar kebahagiaan di dunia dan melupakan persiapan menuju alam akhirat yang lebih abadi.

Difahamkan, kisah yang terdapat dalam buku ini adalah dari kisah benar. Bagaimanapun kesahihannya saya belum pasti kerana hanya sempat membaca buku terjemahan dan susah mencari alternatif lain. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda disarankan membeli buku tersebut. :D

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...