Wednesday, 29 May 2013

Pengalaman di hon kereta

Assalamualaikum..

Entry kali ini nak meluahkan ketidakpuasan hati dihon bertalu-talu. Alkisahnya pagi tadi aku nak hantar lah my niece tuition dekat ABIM. Kononnya nak nak cepat ikotlah highway. Aku nih baru sahaja seminggu dapat lesen selepas memegang 2 tahun lesen P. So, aku lebih prefer guna lane kiri,sebab memang aku akan masuk kesimpang kiri. Tapi tahu-tahu jer lah keadaan pagi macam mana dengan penunggang motosikal bergerak seiring. Ada satu moto nih aku perasan dah memang dia nak pintas keta aku, ambik jer laa. Tapi aku tak puas hati selepas memintas boleh pulak ada hampir-hampir dengan bahagian depan keta aku. Kan aku dah terkejut, stereng kete terus ke kiri sikit! boleh pulak dia baru sedar sebab dia sedang membaca mesej!!! aku nih malas nak guna hon sebabnya aku tahu rasa selepas dihon. tapi ini memang salah penunggang tuh!!

Next issue, tepat jam 1340 waktu Malaysia, aku nih dihon bertalu-talu oleh kenderaan belakang aku. Tak silap HILUX. Eh, hello..aku dah bagi signal nak tukar lane awal-awal dan mmg aku dah make sure ada jarak antara keta aku dengan keta belakang dan kanan. Tapinya, dia tetap hon sebab dia nak memecut. Aku pon nak pintas lori yang rosak kat depan jer pun pastu aku ambik lah balik lane kiri. Cuba la bersabar sikit.. Itu lah sikap pemandu Malaysia, bab nak tekan hon mmg mereka suka.

Tak dinafikan memang dulu aku memandu dlm keadaan bahaya. Tapi itu dulu..waktu lesen L. Sekarang aku dah mahir tapi still pelekat P masih utuh dicermin AVANZA aku tuhh, saja taknak cabut. Kadang-kadang aku rasa mereka diskriminasi dengan pemandu P. mereka rasa susah kalau kena follow dari belakang kereta berpelakat P nihh. aku jer ke rasa macam tuh??

Apa-apa pun pengalaman hari ni mengajar aku terus yakin. Sesetengah orang dah takut nak pandu bila kerap kali di hon. Aku tidak! cuma aku down dengan pandangan famili aku terhadap kesalahan yang bukan aku perbuat. 

#kesian Fifah tadah telinga dengar bebelan aku...sorry dear.



Dear driver, please respect others too. 

2 comments:

  1. orang zaman sekarang ni memang kureng diajar.
    jemput bce post ni :)

    http://iniceritaciksmile.blogspot.com/2013/05/orang-baru-dapat-lesen-l-la.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana memahami :)

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...