Friday, 31 May 2013

Pengisian cuti semester

Assalamualaikum semua :)

Sudah 2 minggu aku bercuti. Tak sabar rasanya nak menjadi mahasiswi di IIUM Gombak. 2 tahun aku menunggu untuk ini semua terjadi. Selama aku menjadi pelajar asasi CFS IIUM, aku banyak belajar untuk cekal dan sentiasa bersedia dalam pelbagai situasi. Aku tak tahu keadaan universiti lain, tapi sistem pelajaran pelajar asasi di UIA memang sangat mencabar emosi dan fizikal. Kalau kita tak tabah dan kuat, dengan mudah kita boleh berputus asa. Aku dah melalui itu semua dan aku bersedia untuk yang lebih mencabar..InsyaAllah.

Sepanjang cuti ini, aku banyak menghabiskan masa di rumah kakak menjaga anak saudara. Kalau ikutkan, mereka ini sebaya sahaja dengan aku tapi title "makcik" itu lebih simbolik untuk mereka patut dangan aku. kerja aku mudah, just hantar jemput anak sedara pergi kelas tuition di ABIM. Ada jugak cabarannya bila aku kena drive AVANZA ke sana. Situasi cemas berlaku dan aku dah ceritakan di entry sebelum ini. Selain itu, kerja-kerja rumah kami kongsi bersama. Setakat ini the situation is under control.hehe


Ada jugak waktunya aku berasa bosan. Entahlah tapi aku sudah kurang menonton televisyen. Mungkin aku dah terbiasa dengan bersekitaran hostel aku dulu. Nasib baik ada Diyana, kawan baik anak sedara aku tuh, dia banyak bagi aku pinjam novel-novel Islamic hasil nurkilan daripada Fatima Syarha dan suami, Hilal Asyraf dan penulis-penulis terkemuka samada dalam ataupun luar Negara. Terbaru aku baru sahaja habis membaca sebuah buku klasik dari penulis Turki yang bertajuk 'MARIA'. aneh juga bila aku sejak akhir-akhir ini gemar sungguh mengasing diri dengan membaca buku-buku Ilmiah. Tipu lah kalau aku tak baca langsung novel cinta. Ada juga tapi tak sekerap dulu. Mungkin usia aku yang dah genap 20 tahun jadi aku lebih menumpukan kepada kualiti penulisan sesebuah buku itu.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...