Tuesday, 22 January 2013

Setia Hujung Nyawa



Listen! Listen! Listen!!

Chantekk laa sekarang novel malayu banyak dijadikan filem/drama.. Kalau dulu-dulu lepas baca novel berangan malam-malam dapat jadi watak dalam novel.. haaa, sekarang boleh tengok orang lakon semula utk 'menghidupkan' watak dalam novel... Antara novel yang dah dijadikan filem/drama Lagenda budak setan, Ombak rindu, Adam & hawa dan ada beberapa lagi (tak ingat tajuk)... Recently, sure ramai peminat SETIA HUJUNG NYAWA kan kan kan...Tengok fb rasmi drama tu jer dah berpuluh ribu orang LIKE FB. Untung laa... It's good for industry actually, bila ramai oarang melayu sendiri support drama tempatan...


Aku rasa kalau cari dekat MPH pon dah susah kot novel ni... Kalau nak kena tempah.. Itu satu petanda ramai yang curious dengan Ending SETIA HUJUNG NYAWA...Antara peminat novel yang aku kenal adalah sepupu aku sendiri. Beratus novel dia ada. Sampaikan aku boleh pinjam dekat dia je untuk novel SHN ni...


Okehh, i know ada perubahan jalan cerita SETIA HUJUNG NYAWA. Ada yang pandang itu sesuatu yg positif dan ada jugak yang negatif.. ikot 'cita rasa' masing-masing laa kan...As for me, good enough laa drama tempatan boleh naik sebab dah terlalu ramai yang mengabaikan drama tempatan itu sendiri dengan drama dari Indonesia yang berjela episode...


Credits to para pelakon SETIA HUJUNG NYAWA. terutama Amar asyraf yang berjaya membawa watak Zain Hakimi yang ego tapi sebenarnya sayang dekat Ersalina yg dilakonkan Nelydia. You all dah buat orang lupa pada drama Vanilla Coklat..hehee


Berapa episode drama ini???? admin setia hujung nyawa slot Akasia ada buat status drama ni 28 episode..Sekarang dah sampai episode 18....Another half way to the end~




Sinopsis:


Pengantin perempuan lari? Zain Hakimi panasaran. Seseorang perlu menggantikan tempat Sofea demi maruah keluarga. Datin Adibah kalut mencari bakal menantu bidan terjunnya. Kala terpandang Ersalina Imani, hatinya terus terpaut. Gadis itu segera dilamar. Haliza menerima lamaran untuk anak gadisnya atas sebab tertentu. Juga demi menyelamatkan maruah keluarga. Ersalina terpaksa rela. Dia dinikahi Zain yang langsung tidak mencintainya. Namun, status isteri membuahkan kasih yang bukan sedikit.

Zain cuba menyemai cinta untuk si isteri. Apatah lagi Ersalina terlalu baik melayaninya. Lalu, kasihnya melimpah di hati. Kala berhasrat menyambut cinta Ersalina, isterinya disahkan mengandung. Sedangkan dia belum pernah menyentuh isterinya itu. Kepedihan ini amat dalam lukanya. Ersalina merelakan kemarahan dan amukan Zain. Bibirnya tetap tersenyum biarpun hati luka dilapah. Sewajarnya hukuman ini diterima kerana memang dia bersalah. Tekadnya untuk setia pada Zain takkan dicalar walau apa pun yang terjadi. Dia ingin setia hingga ke hujung nyawa.













Friday, 11 January 2013

Ahli Politik Campur Tangan diganti Raeng Prathana

Kimberly & Nedech 









Surprisingly, lakorn 'Raeng Pratana' ditayangkan lebih awal seminggu berikutan 'Nuer Mek 2' dibatalkan secara mengejut atas dasar campurtangan dari pihak ahli politik Thailand. Isu sensasi berkenaan menyebabkan ch3 membatalkan tayangan Nuer Mek 2 pada episode 9 sahaja dari 13 episode dan ini menyebabkan jalan cerita 'tergantung' serta mengundang kemarahan orang ramai. Ini menimbulkan tanda tanya ramai penonton yang rata-rata amat meminati lakoran 'mantap' dari Mark dan Mint Chalida (Mteam). Ramai yang mendakwa ini kerana ada campurtangan dari ahli politik -maklumat lebih lanjut baca SINI


Fine, lupakan Nuer Mek 2 yang dah 'hangit' tu... Ch3 tak terus megecewakan penonton apabila pd tarikh 4 Jan, "Raeng prathana" mula menemui penonton pd hari dan waktu yg sama (waktu Thailand).

Bagi peminat lakorn-lakorn dari negara jiran terpaksa menunggu lebih lama dan ihsan dari uploader Youtube, untuk terjemahan bahasa Inggeris. P/s: aku pon kadang-kadang terpaksa tengok yg takdek subb.huhuu



Sinopsis:


Thae/SuApahselalu mencari gara-gara dengan Pittaya yang merupakan anak angkat ayahnya. Pitt amat menghormati ayah Thae kerana telah membesarkannya tanpa membezakan dia dengan anak-anak yang lain. Thae dimanjakan oleh ayah, abangnya P'Yai dan kakaknya P'tai hingga jiwa 'keanakan' makin menjadi-jadi. Hanya Pitt yang berani melawan kemahuannya, dan itu paling dia benci! Bagaimanapun, kejahatan Thae untuk memisahkan Pitt dari kekasihnya Ravee mengundang kemarahan besar  Pitt. Thae pelbagai cara cuba merosakkan pasangan kekasih tersebut untuk menyuruk cemburu yang hadir tanpa dia sendiri sedari. Apabila dia mula menyedari, Pitt telah jauh darinya. Cinta tu kan buta, cinta tu datang macam petir bila keduanya bergaduh, perasaan sayang mula hadir kembali..



Comments:

For me, sincerely cakap storyline lakorn ni memang lain sikit.. Watak nang'ek agak keterlaluan jahatnya. Macam-macam babak yang tak mungkin ada dalam drama melayu, cthnya babak terjun kolam, slapkiss, acu pistul dangan tumbuk-tumbuk. Boleh dikatakan pelakon Thai ni betul-betul menjiwai watak sebab bila penonton tengok pon boleh rasa goosebump dengan air mata. So far memang tak mengecewakan.. Tak percaya tengok!!! tapi je kat YouTube 'Raeng Pradtanah' dr uploader AnnonyBlue.



Storyline memang difference, Cuma Alex tu mamang cute baby face, jadi watak dia kurang menjadi sikit plus dia agak rendah bila nak digandingkan dengan Kimberly. Mujur dia watak sampingan yg jadi villian...Lega sebab dapat 'jumpa' Nedech lagi dalam lakorn ni..agak kurang 'menyegat' lakonan sebab tak ada Yaya..kan3



Setakat ini, episode 3 dah aku tengok dah hasilnya memang 'manthappp'.. episodes ini aja dah buat aku geram dan rasa nak tampar-tampar heroin sebab jahat sangat plus bad mouthed..huh, sumpah memang tak pernah jumpa lagi heroin jahat camtu..Kim macam sesuai pula jadi psycho..hoho What derr, nampak sangat Pitt tu 'caring' dengan Thae lebih sebenarnya tapi sebab dah ada awek so mesti kena behave sikit.. tengok pandangan mata jer dah tau...kan2  Tak lama lagi Ravee tunjuk belang lar tu bila perasan Pitt tu dah tangkap cintun dengan Thae tu..Jeng Jeng




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...