Sunday, 4 November 2012

Lakorn Thai- Panyachon kon krua



warga blog yg dimuliakan, apa khabar?
sihatlah hendak-Nya...

Yehhh, cuti semester telah bermula!
setelah penat bersabung paper
kini tiba masa untuk ENJOY!!

Perkara pertama yang aku mesti buat
bukak FB (twitter, malas nak bukak)
lepas tu +New tab and click You Tube
type... Thailand lakorn
perghh, macam2 drama dari negara jiran dapat tengok..
ader siap translate Eng...

okehh, sekarang aku dok layan cerita 'Panya Chon Kon Krua' starring Mark Prin and Kim Kimberly









sinopsis:

Amika (kimberly) bercita-cita untuk menyiapkan manuskrip bagi semester akhirnya. Untuk itu, amika perlukan cerita dan telah memilih untuk menyamar sebagai pembantu rumah bernama Cha-em. Sepanjang berkerja disitu, pelbagai kemelut melanda yang melibatkan Cha-em dan membuatkan Tum (Mark Prin) sentiasa curiga dengannya. Cha-em sentiasa cuba ingin menutup penyamarannya, manakala Tum sentiasa ada untuk menyelidiki identiti cha-em. Satu persatu insiden yang akhirnya mendekatkan hubungan antara boss dan pembantu rumah.

 Ibu saudara Tum meminta anaknya datang menemani Tum yang sedang demam dan meminta Cha-em datang ke apartment untuk membuat kerja pembersihan. Sedang Tum dalam bilik, datang seorang foreigner meminta bantuan dan telah menganggap Cha-em merupakan teman istimewa Tum. Foreigner tersebut meminta penjelasan cara untuk ke suatu tempat dalam bahasa Inggeris. Tum terdengar dan cuba untuk membantu cha-em menjelaskannya. Tapi, Cha-em terlebih dahulu menjawapnya dan ia membuatkan Tum sedikit terkejut!

Tum membawa sepupunya dan dua pembantu iaitu Cha-em dan Pong ke sebuah resort. Sepanjang di resort, Tum sangat cemburu dangan kedekatan cha-emn dan Pong. Untuk tu, dia membawa sepupunya keluar bersiar-siar. Tiba-tiba Tum melihat cha-em sedang makan bersuapan bersama seorang governor Chiang Mai di dalam sebuah restoran dan ia membuatkan Tum sangat marah dan cemburu.

 Perasaan mula berputik tetapi keduanya cuba mendustakan cinta yang mula bercambah dengan adegan gaduh dan cemburu. Tum mula berjauh saat ibunya memberi amaran supaya mencari jodoh yang setaraf dan sedarjat sedangkan Cha-em takut rahsianya akan terbongakar jika dia terus dekat dengan Tum. Apakah rahsia yang cuba diselindung Cha-em? Dapatkan Tum menyatakan cintanya?




lakorn ni ada dalam Eng Subbed bagaimanapun ia berdasarkan sejauh mana translator dapat mengaploadnya. Setakat ini selepas episode 3 aku tengok tiada bahasa sebab lokorn ini masih On Air.

You tube with english subbed:
http://www.youtube.com/playlist?list=PLSu1FShEq6bEjtOcxJZl4mmz0SUJ-KdHz&feature=plcp

without eng subbed: (faster than eng subbed)
http://www.youtube.com/playlist?list=PL0fV3fKjrF_o0S4WorbDfXMYryJLdgPsd&feature=plcp





Wow Wow Wow: Olives
(panyachon kon krua ost)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...