Sunday, 9 September 2012

Gadis disebalik seragam


Tajuk: Gadis disebalik seragam

Sinopsis:
          Kisah rekaan penulis diadaptasi dari beberapa buah cerita korea dan Manga. Miyako Hongo  adalah seorang gadis Jepun yang baru berpindah ke Seoul  dan suka hidup bebas diberi peluang untuk menjadi seorang pelajar kelas bawahan di sebuah sekolah golongan elit. Dia ingin meninggalkan segala kemewahan serta butlernya untuk merasai hidup sederhana.  Hari pertama, dia dengan tidak sengaja hampir dilanggar oleh sebuah kereta skyline putih milik Rei.  Satu pergaduahan besar berlalu antara mereka dan mereka menjadi musuh ketat! Tom, Senn dan Jombo pula adalah sahabat baik Rei sejak kecil. Sejak itu, hari-hari Miyako sering diganggu oleh Rei dan rakan-rakannya. Namun, suatu perasaan aneh muncul tiap kali Miyako dan Rei bertengkar. Kemunculan Mei mengundang cemburu Miyako dan bertindak ingin membongkar penyamarannya. Adakah Miyako akan Berjaya memperoleh apa yang diinginkannya??

Watak-watak :

As Miyako



As Rei

As Shibata Rihito-sama










Tokyo*
“Konichiwa papa”
“Selamat pagi, sayangku Miyako.” Papa sejak awal lagi menunggu Miyako di meja makan untuk bersarapan bersama. 
“Kamu sudah bertekat untuk meninggalkan papa??”
“Papa, Miyako Cuma ingin berlajar hidup berdikari…”
“terserah kamulah…. Papa setuju”
“Arigato, Papa” Miyako lantas bangun lalu memeluk erat papanya.



 Seoul*
Miyako sedang melipat kainnya masuk ke dalam alamari sambil bernyanyi. Pintu biliknya diketuk oleh seseorang “ Miyako, makcik minta maaf jika bilik ini terlalu kecil dan berbeza dari bilik Miyako yang dulu…”

“Bukan makcik, tapi mak… kamu adalah mak Miyako”
“Biann, mak cik..err mak lupa…”
“Baiklah, mak keluar dulu. Jangan lupa esok pagi ayah akan hantar kau ke sekolah baru. Jadi, bangun awal tau..”
“Baiklah..”    
             
Miyako melihat sekeliling biliknya. Memang bilik ini sangat kecil. Malahan, tiada butler yang membentunya melipat kain dan menyediakan barang keperluannya.. Miyako melihat ke luar tingkap biliknya, ada buaian kecil dan ampaian besar yang dipenuhi basuhan maknya. Mak dan ayah Miyako mengusahakan hotel kecil manakala adiknya masih bersekolah rendah. Miyako rapat dengan mereka sejak papa membawanya ke hotel ini 3 tahun yang lepas.

“Hayakun! Hayakun! Miyako, ayah rasa kamu sudah lambat untuk ke sekolah…”
“Gomene..Miyako sudah lambat..”

Van biru lusuh laju dipandu ayahnya agar Miyako sempat ke sekolah. Miyako turun tidak jauh dari pintu pagar sebuah sekolah elit Shinwha. Miyako berlari-lari masuk ke dalam sekolah tersebut. Tiba-tiba, Miyako terjatuh kerana terkejut mendengar bunyi brek yang sangat kuat. Sebuah sereta Skyline putih hampir melanggarnya!
“oi, gila ker main lintas tak pandang kiri kanan??” Seorang lelaki sebelah pemandu mengherdiknya. Kerata Skyline it uterus dipandu hingga hilang dari pandangannya.

“tak guna, kereta tu yang pandu laju macam jet dalam kawasan sekolah. Aku pulah disalahkan. Macam ini agaknya orang kaya dekat sini!” 

Miyako bangun dan berjalan masuk ke dalam sekolah mewah itu. Miyako dibawa oleh seorang wakil pelajar berjalan-jalan dalam kawasan sekolah tersebut. Wakil pelajar itu menunjukkan padang sekolah, perpustakaan dan kantin sekolah bertaraf 6 bintang. Miyako diberitahu makanan disini disediakan oleh chef-chef terkenal dan rata-rata harganya mahal. Miyako terkejut dan mengeluarkan duit dari koceknya. Patutlah maknya menyediakan bekal makanan untuknya kerana harga makanan disini sangat mahal! Miyako dibawa ke dalam kelas dan diperkenalkan kepada pelajar-pelajar lain.

“Nama saya Miyako…Saya baru berpindah dari Tokyo.Selamat berkenalan semua..” Miyako tunduk cara jepun kepada semua pelajar yang berada disitu. Miyako terpandang kepada seorang lelaki yang nampak bersahaja dan rakan disebelahnya yang nampak terkejut. “ Mereka yang hampir melanggar ak tadi!”

Miyako duduk dibangku kosong dan sembunyi-sembunyi mengintai kebelakang. Miyako kini berada di dalam kelas yang hanya menempatkan 10 orang pelajar. Loceng rehat dibunyikan lalu Miyako membawa bekalnya ke kantin. Miyako duduk bersendirian di meja kosong. Dua orang gadis sebaya menghampirinya.

“hai, Kau ni tak ‘class’ langsung! Di sini mana ada orang bawak bekal macam kau, orang miskin!” Serdas herdikan diterimanya. Ikutkan hati macam nak ‘telan’ jerr minah dua orang ni.
“ Saya tak kisah apa korang nak anggap.. yang penting aku tak susahnya mak bapak aku nak sediakan duit yang banyak untuk membeli makan tengahhari.”

Salah seorang pelajar perempuan menuangkan air kedalam bekal milik Miyako. Miyako tekejut dan bertindak ingin menampar namun tangannya dicekam erat oleh Stella dan Hebe terlebih dahulu menamparnya. “Pangggg!”

Semua orang mulai membuat bising namun tiba-tiba 4 pelajar lelaki berlalu.. Salah seorang dari pelajar lelaki tersebut sempat melemparkan senyuman setan “Serve you right!”

Betapa sakit hati dan malunya Miyako diperlakunya sebegitu. Miyako berlari sambil mengesat air mata yang hampir tumpah dari bibir kelopak matanya. Miyako berjalan lemah menuju ke kelasnya. Walaubagaimanapun, dia ternampak seorang pelajar perempuan menangis sambil mengesat kasut milik seorang pelajar lelaki yang amat dikenalinya, Rei.

“Stop!”
Miyako menarik tangan Suzi dari cuba mengesat sepatu Rei.
“tak gentleman langsung membiarkan perempuan mengesat kasut kau!”
“Miyako, saya yang salah kerana tidak sengaja melanggar dan menjatuhkan ais krim atas kasut Rei” Suzi cuba menenangkan keadaan.
“hah, Kau tahu tak kasut aku ni mahal, kau belum tentu dapat menggatikan kasut ini!”
‘Pannggg’ Miyako menampar muka Rei kerana tidak puas hati. Ramai pelajar disitu melihat kejadian memalukan itu. Miyako mambawa Suzi jauh dari situ.

Miyako terjumpa suatu tempatnya sunyi dalam kawasan sekolah tersebut.  Senn muncul tidak beberapa lama kemudian. “tempat ini sunyi dan menenangkan..”
Miyako memandang dalam mata Senn. Renungan mata Senn tidak seperti rakan-rakannya yang lain. Malah, Senn senyum kepadanya.

“Berani kau buat Rei macam tu, kau takkan tahu apa akan terjadi selepas ini. Sekarang kau akan jadi musuh F4”
Senn meninggalkan Miyako dengan perasaan bersalah.

Sejak hari itu semua pelajar sekolah Shinwha bermusuh dengannya gara-gara tersebar gambar Miyako menampar ketua kumpulan F4 yang juga anak pemilik sekolah elit tersebut. Hidup Miyako seperti mangsa keganasan. Beberapa kali dia hampir terkurung di dalam bilik air dan disimbah air. Malahan, habis bajunya berbau apabila ramai pelajar membaling tepung dan telur ke arahnya.

“Miyako, kamu ada party birthday rakan ya. Habis baju kamu kotor…” Mak tidak dapat megesan apa yang telah berlaku di sekolahnya.
“err, ya…” Miyako hampir sahaja menangis kerana cuba menyembunyikan kejadian tengahari tadi.

Pagi itu Miyako bertekad akan membalas semula. Miyako ke sekolah dengan penuh semangat. Ramai pelajar tumpas kepadanya apabila dia menunjukkan bakatnya dalam seni mempertahandan diri dari Jepun.

Rei dalam diam berasa kagum dengan semangat Miyako. Walau ramai yang cuba membuli tapi Miyako punya seribu cara melawannya. “Gadis ini istimewa..” Hampir tesentak tiga lagi kawannya. Jarang sekali Rei memuji orang.

Rei membuat pengumuman semasa ramai pelajar sedang makan di kantin termasuk Miyako yang berselera makan roti sandwich kegemarannya.
“ Mulai hari, sesiapa pun tidak boleh mebuli Miyako kerana…dia kan menjadi girlfriend aku!”

Miyako bangun lantas ingin menampar mulut celupar milik Rei. Belum sempat dia bertindak, Rei terlebih dahulu mengakul pinggang Miyako. Rei mengenyit mata kepada Miyako.
Ramai pelajar tekejut dan tidak kurang juga ramai pelajar perempuan menangis. Miyako berang lalu memijak kasut Reid an meninggalkan tempat kejadian. Rei berlari mengejarnya. Muka Senn Nampak suram setelah mendengar pengakuan dari Rei

“Kau gila! Kau cuba membalas dendam dengan cara menjadikan aku gf kau kan”
“Teserah kau… apa yang aku tahu sekarang kau officially gf aku, nak tak nak kau kena setuju..atau…”
“atau apa?!”
“aku akan buang Suzi dari sekolah ini….”
“Apa?? Mana aci main ugut macam ni..”
“Terserah aku lah..” Rei tersenyum puas apabila Miyako terdiam seribu bahasa.

Sudah tepat 100 hari Miyako dan Rei officially pasangan kekasih. Walaupon Miyako Nampak masih tidak dapat memahami perasaannya terhadap Rei tapi dia mulai mengenal sifat Rei yang sebenarnya jauh berbeza dari tanggapannya dahulu. Rei pula apabila berhadapan dengan Miyako, tidak dapat lagi menyembunyikan perasaannya. 

Laut mana tidak berombak, sejak mak rei tahu latar belakar Miyako seorang yang miskin, mak Rei tidak merestui hubungan mereka malahan merangcang ingin menjodohkan anaknya dengan anak pemilik syarikat perkapalan terkemuka, Mei.

Mak Rei bertindak mengugut anaknya untuk menjatuhkan perniagaan milik ayah Miyako supaya mempersetujui pertunangan Reid an Mei. Sejak itu Rei bersikap dingin terhadap Miyako.
Suatu hari, Miyako diundang ke majlis birthday Rei yang diadakan di sebuah Hotel mewah milk keluarga Rei. Miyako dibawa Senn dan Jombo ke butik dan mengenakan busana mewah dan solekan ke majlis tersebut

Miyako duduk dimeja tengah bersama Senn, Jombo dan Tom. Bayang kelibat Rei masih juga tidak kelihatan. Tiba masa mak mei naik ke atas pentas dan member ucapan.

“Terima kasih kepada para tetamu yang hadir ke party birthday Rei. Hari ini juga saya dengan perasaan yang sangat gemira inigin mengumumkan pertunangan antara Rei dam Mei..”

Reid dan Mei ke atas pentas untuk menyarungkan cincin. Mata Miyako mulai Bekaca tapi dia cuba menahan diri dari tejaduh kedalam ‘permainan’ mak Rei. Miyako dapat melihat kawan-kawan Rei jugak bereaksi terkejut kerana tidak mengetahui tengtang pertunangan ini. Miyako menghantas senyuman kepada mereka agar mereka tidak bimbang dengan keadaanya.

“Saya juga berbesar hati untuk memanggil kawan Rei bagi membuat persembahan sempena berita gembira ini, Miyako”

Sekali lagi Miyako bagai terkena kejutan elektrik. Miyako lantas bangun dan naik ke atas pentas.

“Saya…… saya akan memainkan piano, harap hadirin menyukainya.”

Miyako duduk dikerusi dan menarik nafas sedalamnya. Miyako mula menekan-nekan key piano dan menainkan lagu hasil karya Mozart. Miyako amat selesa memainkan lagu dari Mozart kerana dulu dia sering memepersembahkan bakatnya itu dalam majlis papanya. Biarlah kali ini dia menghadiahkan lagu ini untuk Rei.

Hadirin begitu teruja melihat kecekapan Miyako memaikan piano. Apabila Miyako tamat memainkannya, tepukan gemuruh diberikan. Tak habis-habis ramai yang mengucapkan tahniah ke atasnya malahan seperti acara pertunangan itu telah dilupakan. Miyoko bertahan hingga ke saat akhirnya.

“awak boleh menari???”
“awak ajak saya menari ke??”
“tentu sekali..”
Senn menhulurkan tangan dan Miyako menyambutnya. Miyako menari dengan penuh persona hingga ramai hadirin menonton tariannya bersama Senn. “Awak pandai menari rupanya…”

Miyako keluar dari dewan berseorangan. Hadirin lain juga mulai meninggalkan dewan tersebut. Sedang miyako terleka, dia terdengan satu suara yang amat dikenalinya. 
“Cik muda, biar saya iring ke kereta”
“Shibata Rihito-sama…”
“Cik muda…” Shibata muncul bersama dua lagi lelaki lengkap berpakaian casual hitam.
Ramai hadirin melihatnya dan mulai bercakap tentangnya.
“itu Shibata Rohito, seorang butler milik keluarga jutawan jutawan Hongo.. Walaupun dia masih muda tapi keluarga Hongo memandang tinggi dia sehinggakan bayak urusan  Hongo dia yang urusan.”

“ya.. adakah gadis yang membuat persembahan tadi ada kaitan dengan keluarga Hongo?”
Mak Rei mendengar perbualan itu dan mengarah perkerjanya menyiasat semula latar belakang Miyako.

“Rihito-sama, jangan lah awak berkerja. Saya pandai mengurus diri saya sendiri. Awak patut menemani papa..”
“Cik muda, saya berkhidmat untuk keluarga Hongo. Sudah menjadi kewajipan saya menghiburkan cik muda Miyako.”
“Awak ada urusan di Seoul ke?”
“Ya. Esok saya akan membawa cik muda ke satu persidangan langsung bagi kerjasama syarikat Hongo dan syarikan Shinwha”
“Apa, saya akan menjadi wakil papa??”

Pagi itu Miyoko diiring Rihito ke sekolah dengan menaiki kereta mewah. Miyako dilayan seperti seorang puteri oleh butler kesayangannya. Butler Rihito teleh lama berkhidmat untuk keluarganya, sejak Rihito masih menuntut lagi.

Miyako diikut kemana-mana malahan Rihito telah menyediakan meja khas serta pebagai jenis hidangan untuk lunch di kantin sekolahnya. Dia tahu ramai yang memandangnya tapi apakan daya itu memang perkerjaan Rihito. Rei dam Mei juga duduk dimeja tidak jauh darinya. Sejak pertunangan, Mei telah berpindah kesekolahnya, seminggu yang lalu. Sejak itu dia tidak lagi menegur kumpulan F4.
Miyako menerima isyarat dari Rihito agar segera menukar pakaian. Miyako mengenakan pakaian kerja bewarna hitam dan kelabu dan mengenakan solekan nipis. Dia keluar dengan gaya seorang wanita berkerjaya. Ramai yang terpegun.

Miyako ditemani Rihito ke bilik meeting syarikat Shinwha. Hari ini dia akan bertemu lagi dengan mak Rei. Dia berasa sedikit gementar melihat mak Rei telah pun berada di situ bersama Rei, lelaki yang sangat dicintainya.

“Cik Miyako adalah wakil dari keluarga Hongo dan dialah yang akan menandatangani kertas perjanjian”
Sebelum menandatangan, Miyako menyampaikan hasrat papanya. 

“Papa saya orang Jepun dan mama saya orang Korean, mereka sejak dulu berhasrat ingin membuka sayap perniagaan milik keluarga kami ke Korea dan hari ini impian itu akan menjadi reality. Papa telah memberi tanggungjawab kepada saya untuk menguruskan peniagaan ini. Sebagai anak tunggal dan masih belajar, perkara ini pasti amat sukar untuk saya jayakan tanpa bantuan dari semua. Saya berharap kalian dapat memberi sepenuh keparcayaan kepada saya….”

Mak Rei menghulurkan tangan untuk berjabat tanda perjanjian telah termeterai. Rihito yang berdiri bersebelah Miyako mengucap tahniah. “cik muda hebat..”

Rei dari jauh berasa cemburu dengan keakraban Miyako dan Butler itu. Dia berasa Miyako telah melupakannya apabila melihat Miyako tidak langsung memandangnya malahan begitu mesra dangan Rihito-sama.


“saya sudah putuskan pertunangan dengan Mei. Kami tidak lagi ada apa-apa hubungan.”
“Rei!!!!!”


Miyako dilemma apabila Rei hadir semula menagih kasihnya. Dia juga tahu Rihito juga menaruh perasaan terhadapnya. Dia taknak perasaan sesiapa terluka kerana Rei dan Rihito sangat penting baginya. Perasaan Senn juga telah dia lukai apabila dia menolak jabatan kasih Senn kepadanya selepas majlis birthday Rei yang lalu.

“cik muda, saya akan berkhidmat untuk cik muda selama-lamanya. Walaupun kasih saya cik tak sambut namun tetap saya kagumi kerana cik Miyato sangat setia dangan cinta.”

“Arigato…”


Kadang-kadang kita tak dapat memilihi kepercayaan dan cinta dalam masa yang sama. Miyako sangat bertuah kerana Rihito-sama dan masih ingin bersamanya. Walau hati mereka terluka namun mereka merelakan kerana Miyato memang ditakdirkan untuk Rei.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...