Tuesday, 17 April 2012

Aku Tunggu Kau part3


Part 3

“Aishah!!!”

“Anak dara mak sayang, meh bangun tolong siapkan sarapan pagi untuk abang along kau”

Hanya dirumah orang memanggilnya ‘Aishah’. Abang-abangnya pon memanggilnya dengan nama. Mak pesan “kata-kata itu doa”

Sebab itu maknya menggalakkan adik beradiknya memanggilnya dengan nama, agar Aie a.k.a Aishah akan menjadi seperti Saidatina Aishah wanita solehah yang taat pada agama dan yang utama lemah lembut hingga dapat memikat hati Rasulullah dengan keperibadiannya yang mulia.

“oraitt..jap agi adik bangun”

“takdek.takdek..bangun!” hilang sabar maknya bila melihat Aishah belum jugak bangun dari tilam. Dicubitnya betis anak daranya itu.

“aduihh” terpisat-pisat Aishah bangun menuju ke bilik air.




“Aishah, mana air abang??”
“ambik sendiri!”
“amboihh, ade yang nak kena mic dengan mak nihh”
“Abang nihh!! Ye lahhh..Jap!”

Along adalah orang yang ditakuti Aie.Bukan kerana Along suka mengadu tapi kerana ceramah panjang lebar dari ‘ustaz’ Along yang serik Aie dengar. Baginya, Angah lebih memahaminya. ‘kalau laa ada angah, kan best’

“hah, anak dara tak elok mengutuk orang tau..”
“eh, bila masa adik kutuk??? Along tuhh jangan lah pesimis sangat dengan orang”
“ceh, ceramah free pulak!”
“well, like abang like adik…hehehe”

“Dah.dah..pagi-pagi nilah keja korang dua kan, perang mulut saja”
“Along kau nihh dah lah jarang balik, tak boleh ke berbaik-baik..naik pening kepala mak bila hari-hari korang macam nihh”
“Pulakk!” maknya pulak membebel. Along dan Aie mempercepatkan telan makanan agar cepat jugak mereka keluar dari ruang dapur”

“Macam mana belajar??”
“macam tu lah..okeh-okeh sajaaaa”
“hmm..ader ramai kawan?”
“macam tu lahh”
“Ada pakwe?”
“Takdak! Along nihh nak korek rahsia lah tuhh!”
“mana laa tau kot kot ada yang terpikat dengan adik nakal abang sorang nihh, Siapa lahh jejaka malang tuhh agaknya??! Hah ha”
Cekodok punya abang. Tak pernah nak puji adiknya sediri.. ape lah nasib dapat abang yang ‘baik’ nihh?? 

“Amboooihhh…dah lama hiduup?!!”

“lama lah jugak dari kau tuhh” kata-kata adiknya dibalas.
“Kesianya laa bakal kakak adik nihh esok”
“kenapa?”
“yer laah, bakal suaminya tak reti memuji..sian sian”

Maknya tiba-tiba menyibuk conversation dua beradik itu “Aie, Ada Am call??” sejak akhir-akhir nihh korang jarang bergayut..

“ntah..dah lama dia tak call, biarlahh..dia sibuk tuhh kat tempat kerja baru...” Am atau nama sebenar Amran Suhaimi. Am ini anak kepada kenalan mak. Selama nihh tak kenal pon hinggalah masa tingkatan 3 aritu dan mak dengan mak Am bersahabat semula selepas many years lost contact.  Sejak itu jugak Aie dan Am berkawan walau beza umur mereka 6 tahun.

“yer?? Ibunya call mak semalam”
“Kenapa??”
“Adalah”
“Okehh.”

Pelik melihat tindak tanduk anak perempuan satu-satunya itu.. Selalunya Aie lahh yang berlebihan cerita itu ini tentang Am. Cot cet cot cet anaknya menceritakan pengalaman Am ditempat kerja baru. Am dah seperti ahli keluarganya. Dah beberapa kali Am datang tidur dirumahnya dan tentu Along ada ketika itu untuk mengelak fitnah. Tapi, sejak akhir-akhir nihh anaknya kurang bercerita tentang Am dan sebaliknya sibuk menceritakan hal kawan barunya, Naz. ‘Apa dah jadi antara mereka???’


“Siap!Yes!” seusai sahaja Aie siap membasuh pinggan dia terus masuk ke bilik untuk mandi. Hehe..Hari-hari cuti nihh confirm dia lambat mandi..biasalahh, anak dara masa kini! Bukan kerana nak mandi, tapi ingin lari dari soalan-soalan bertubi-tubi daripada maknya tentang Am..”AM….” Aie mengeluh..Dah berbulan Am tak menghubunginya. Mulanya dia ingat Am busy dan taknak ganggunya ketika saat genting nak berperang dengan SPM. Tapi, semalam baru dia tahu Am in relationship..itu lahh status baru FaceBook

 Am. Hwo is she???


“Along! Alih balik channel 391!”
“Ah,takdek keja lain adik nihh, masuk bilik, study!”
“Chill lahh”
Along tak mengendahkan adiknya itu dan terus menukar channel 103. Sejak akhir-akhir nihh makin kerap dia pulang ke rumah. Home sweet home konon, entah-entah nak monitor aku! Aie bengang lalu masuk ke bilik dan tak keluar-keluar dahh.





Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..

Rington Najwa lafif kedengaran..

“haiss, sapa lahh call nihh!”

“Hello,Assalamualaikum….”
“Waalaikumussalam” Lambat-lambat Aie membalas salam orang yang menelefonnya.

“Why you call me??”

“Kenapa nihh, ada problem ke??”

“Takdekpaperr”

“Anything to share??” sekali lagi Naz cuba bertanya. Kenal benar Naz dengan Aie. Aie selalunya akan menjawap setiap soalannya macam bertih janggung.Tak seperti sekarang….

“Aie, esok kau free tak??”

“free. Nak ajak ulang kaji ya..aku on jer..”

“Bukan, Aku nak ajak kau dinner kat rumah aku. Mama dan papa nak kenal dengan kau.So??”

“What?! Sah kau putus fius!”

“kau tau kan lepas jer SPM nihh aku akan fly…kira nihh permintaan aku”

“Alah kau nihh, aperr touching-touching nihh!”

“Kiranya kau setuju lah yer..okehh, I’m off!”

“weyhh!! Suka suki jer..dinner dengan keluarga Syed Tajuddin?! Mengarot!”

Esoknya disekolah… Amira “Aie, how’s your preparation?? Lately aku tengok kau selalu takdak..lama kita tak hang out,JOM!”

“erm, macam tu laa..macam kau tak kenal aku nihh yang pemalas nak baca-baca buku nihh”
“haah laa Yang, lama kita tak gi dating..hehe”
“Wekkk!!”
“Yang, jangan laa kau muntah kat sini..hahaha” makin seru Aie menyakat rakannya itu.
“Takdek makna!!”
“minah senget! Kau tuhh tak baca buku sekalipon, marks tetap higher than me!”
“mana ada…”
Amira..Kalau lah kau tau betapa aku berusaha belajar dan ulangkaji untuk SPM nihh….SPM nihh penting untuk aku.. Aku nak tanggung family aku…Amira..tak semua aku boleh share dengan kau..


“So, nak makan mana, ini malam aku belanja”
“jap…jap…jap, Malam nihh??? Aku tak boleh lah…”
“Lah..pulak!”
Tak sampai hati pula melihat kekecewaan di mata Amira..Tapi, aku tak mungkin mungkir janji dangan Naz about dinner malam nihh..

 “Mira, mak aku takdek kat rumah malam nihh, takkan aku nak tinggalkan rumah kott dan serahkan kepada Angah, Mau karam rumah aku!”
“okehh..lain kali yerr..”
“thanks”
“For what??”
“For everything…”
“sengett!!


Sepanjang hari di sekolah Aie asyik mengelamun..mengelamun jauh ke New Zealand..Aie rungsing dengan dinner malam nihh..kalau dengan Naz okehh lah jugak tapi sekarang suasananya lain….Mak akhirnya setuju jugak setelah berunding dulu dengan Angah.. Angah memang abang fevretnya..Sememang Angah selalu menolongnya dan memenangkannya..


“Angah! Adik nak pakai apa malam nihh..t-shirt hitam nihh okehh??” Ditariknya tangan Angah masuk ke markasnya.

“Ayoyo..adikku sayang, low frofile betol nak pakai t-shirt untuk dinner”

“Alahhh..angah kan tau koleksi baju ‘ayu’ adikmu ini kurennggg…”

“Tu laa..awak tuhh perempuan, patutnya up-to-date lahh sikit…”

“Hisy..angah nihh nak tolong ke tak???”

Angah akhirnya akur dengan permintaan Aishah lalu terus membelek-belek koleksi pakaian adiknya itu..Banyak baju t-shirt dan jeans saja..colour hitam pulak tuhh..parah, adik aku! ”Hah, gotta!!”

“Angah! Taknak lahh yang tuhh!!”

“ini saja yang adik ada..tu laa lain kali ikut angah shopping baju..”

“tapi…baju tuhh pink!!”

Nak tergelak jugak Angah melihat reaksi Aie. Biasanya perempuan nihh suka pakai yang colour ‘pink’ tetapi lain pulak dengan adik satunya itu..

“Angah hantar adik kan??”

“okehhh, tu kan condition mak bagi..hehe”

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...