Sunday, 29 April 2012

SEGMEN : PENCARIAN BLOGLIST MEI HAZWAN HAIRY

Esok final exam, sempat lagi check this out!!!






nak join jugak?? CLICK SINI



Kalau lah soalan bro ini keluar dalam paper esok, memang best sangat!! haha
oke, saya tak kerap berblogging, depand pada waktu dan ketika.. kalau feeling lebeh memang capai 4jam berblogging sehari! haha (kira sikit lah tu kan??)




p/s: Doakan saya senang menjawab paper esok :D

Wednesday, 25 April 2012

mama buli nenek

mama?! nenek?! NOT THE ISSUE..fine!




story begin,


punyalaa syok tidur disiang hari..lebih tepatnya lepas asar..oke, aku tau tak elok, but badan nihh tak tired sgt2.. mind dah overloaded..so, kena refresh..haha (alasan..)


Back to square one, mak aku call and kantoilah... mak aku terus bagi soalan "hmmm, mak nak dapat cicit, teka sapa???" memang tak boleh hadam soalan tu, baru bangun tidur sure lah mamai lagi..kesian kat aku..kesian kat mak aku...huhuu.. oke, time's up! aku hentam je teka,"erm..Roma kott".. mak aku punyala happy macam menang award!! 


Tak sangka Romahyalis dah pregnant.. bunting pelamin mak aku cakap.. hmm..TAHNIAH! bakal ibu dah dia.. Aku??? Opppss, sorry, i'm not interested yet...huhuu. Lepas jerr solat maghrib aku terus call Roma, she explain all, katanya ada alahan teruk,,tak boleh bau suami..dekat dengan suami pon tak muntah! what?? teruk gila alahan.. walaupon aku belom kenal suaminya, but aku kesianlah kat dia.. harap suaminya lebih sabar..




Pregnant?? memang tak berpengalaman.. tapi, ada jugak aku buat research (tengok orang sekeliling)
Nampak cute jerr tengok org pregnant.. mybe she will..










p/s: ayat macam MATANG sangat..hahahaha..sorry



Monday, 23 April 2012

BLOG SaYa SUKA


I'm Know that I'm not the right person to judge people's blog... However i really Love the design of their blog and i would like to share with the readers.. Sharing is caring right?? hehe..




Hope that the owner will not blame me for sharing their blog without their permission first.. SARANGHAE Cingu!!!!! 







Let's scroll down...!!!







Pemilik Blog ini : click SINI

Gempak!! masuk jer boleh jumpa macam-macam watak anime!! serius, sy rasa dia sangat comel macam anime.. :D





Tuan Blog SINI

Harmony colour..itu yang saya rasa... Kalaulah dia sudi kongsikan cara nak buat background macam ini.. saya nak lompat-lompat macam kangaroo lahh!! haha






Blog ini Milik SI DIA

Pemilik seorang yang ceria dan kreative.. mungkin seorang 'real novelist'.. Dah lama saya wusha blog nihh. Baca setiap up-date terutama novel dia lahh..







P/s: sorry tak mintak izin dulu girls.. sbb terlalu excited nak up-date entry tentang you alls... Thanks again!

Friday, 20 April 2012

Aku Tunggu Kau Part4




Part 4
***awak cantik***

“Assalamuailaikum, unty..uncle…” Aie menyambut huluran salam Sharifah Daniela. Patut lahh Naz hensome.. ada iras mamaya berketurunan Arab mungkin…

“Waalaikumusslam, masuk lah…siapa yang hantar kamu??”

“erm..abang Angah”

“Owh..”

Aie masuk dalam rumah Naz yang dihias rapi dengan barang antic yang semestinya bibeli dari luar Negara. Terlopong mulutnya melihat lampu dari Kristal yang berkilauan “Cantik..”

Agak canggung Aie duduk dikerusi, mana tidaknya dua orang dihadapannya dari tadi asyik meniliknya. Naz yang lebih hingga tak berkedip mata. Mungkin terkejut dengan penampilan Aie malam tuh yang mengenakan busana moden. Naz pun tidak kurang hebatnya, berpakaian formal dia malam itu.

“Naz…ajak papa dan Aie makan..”

“yess, mom”

“Pa..jom..”

“erk..Aishah, jom”

“Hah??” Seingatnya, inilah kali pertama Naz memanggilnya dengan nama penuhh..Sah putus fius!
Conversation di meja makan..sangat-sangat formal, dah macam borak dengan menteri..Terasa bahang tubuh Aie kerana inilah kali pertama dia makan dimeja makan yang ada protocol. Naz disebelahnya dah macam merangkap assistant tak rasmi ambikkan lauk untuknya..ajar cara mengunakan sudu dan garfu dengan betul.. Mama dan Papa Naz sekadar melihat anak tunggalnya itu mesra melayan tetamu. Mamanya seperti kurang selesa bila Aie diperlakukan seperti seorang puteri..

“Aie, target dapat berapa A’s??”

Hampir tesedak Aie dibuatnya apabila En.Tajuddin bertanya soalan macam tuhh..Kott yer pon tunggu laa aku habis makan.. “ tak tau uncle, ikut rezeki..” kata-kata yang tulus dari benaknya. Kan manusia hanya bisa merancang dan hanya Allah yang menentukan..

“papa..trial baru nihh Aie score semua A’s” jawab Naz dengan bangga..Macam laa dia yang score tuhh..

“that’s great, well dear…if you need sponsor I’ll be there..”

Senang hati en.Tajuddin dengan result anak muda dihadapannya..Patut laa Naz pon makin hari makin beriya nak mentelaah..rupanya ada saingan..

“hahahaha..betul ke Aie nihh nakal orangnya?? Uncle rasa happy Naz berkawan dengan Aie, sekurang-kurangnya Naz boleh enjoy di sekolah..”

Aie menggaru-garu kepala yang tak gatal..Seriously dia terkejut dengan sikap Papa Naz. Disangkanya En.Tajuddin seperti Naz yang sebelumnya..pendiam dan mungkin jugak tak suka dengan dia kerana perbezaan status yang sangat ketara.

“Okehh lahh, uncle, saya mintak diri dulu..Angah dah tunggu dekat luar..”

“Dan terima kasih untuk makan malam..”

“lahh, kenapa tak ajak masuk dulu??”

“Ada hal katanya”  Padahal Angah tak cakap apa-apa pon tetapi kerana dia sendiri yang kekok berada di rumah nihh lama-lama. Kang pecah barang mahal kat umah nihh…

“Jom, Uncle hantar..”
Selepas Angah bersalaman dengan En.Tajuddin dan borak kosong seketika.. mereka pulang.. Fuhh, selamat!


Tiba-tiba vibrate handphonenya dan mesej yang receive tertera _thanks for coming and U look pretty tonight.. J awak cantik..

Kenapa dengan mamat nihh? Kang tak jadi fly, terus ke tanjung rambutan..hikhikhik. Tak dinafikan jugak Aie malam nihh berbeza dan Naz jugak segak berkemeja dan berseluar jeans. Bagai pinang dibelah dua!

Aie reply _ Welcome…
Kali nihh Aie pulak yang hilang kata-kata sekadar ‘welcome’ yang dapat dia type.






p/s: mybe lepas nih lambat sikit nak upload sambungan.. focus exam pulak..:p

What I am do went a I got bored!

 Last night was super weido thing i done!

slept on some else room!!! well, she's invited me :P

I woke up and run back to my place.. searched for work!

I cleaned my room, swept the floor and wash the clothes..

 All i done alone.. i'm pretty good at house chores right?!! 

post on Fb, sign in Blog and login yahoo-mail..such a lame!!

when my friends will be back! i miss the noisy room.. how dare u all let me talk to my mr.Barney! 

hah, where my mr.barney go???? he cannot walk even speak.. where is my mr.Barney?? 



damn! i left it!!!!



P/s: sorry for the crazy words! :P

Segmen: Review by Lily


Guna masa yg terluang menjoin segmen review by Lily... Kawaii!!

Nak join meh click SINI

jangan lupa follow HERE dan HERE

syarat tak susah pon! :P

Tuesday, 17 April 2012

Aku Tunggu Kau part3


Part 3

“Aishah!!!”

“Anak dara mak sayang, meh bangun tolong siapkan sarapan pagi untuk abang along kau”

Hanya dirumah orang memanggilnya ‘Aishah’. Abang-abangnya pon memanggilnya dengan nama. Mak pesan “kata-kata itu doa”

Sebab itu maknya menggalakkan adik beradiknya memanggilnya dengan nama, agar Aie a.k.a Aishah akan menjadi seperti Saidatina Aishah wanita solehah yang taat pada agama dan yang utama lemah lembut hingga dapat memikat hati Rasulullah dengan keperibadiannya yang mulia.

“oraitt..jap agi adik bangun”

“takdek.takdek..bangun!” hilang sabar maknya bila melihat Aishah belum jugak bangun dari tilam. Dicubitnya betis anak daranya itu.

“aduihh” terpisat-pisat Aishah bangun menuju ke bilik air.




“Aishah, mana air abang??”
“ambik sendiri!”
“amboihh, ade yang nak kena mic dengan mak nihh”
“Abang nihh!! Ye lahhh..Jap!”

Along adalah orang yang ditakuti Aie.Bukan kerana Along suka mengadu tapi kerana ceramah panjang lebar dari ‘ustaz’ Along yang serik Aie dengar. Baginya, Angah lebih memahaminya. ‘kalau laa ada angah, kan best’

“hah, anak dara tak elok mengutuk orang tau..”
“eh, bila masa adik kutuk??? Along tuhh jangan lah pesimis sangat dengan orang”
“ceh, ceramah free pulak!”
“well, like abang like adik…hehehe”

“Dah.dah..pagi-pagi nilah keja korang dua kan, perang mulut saja”
“Along kau nihh dah lah jarang balik, tak boleh ke berbaik-baik..naik pening kepala mak bila hari-hari korang macam nihh”
“Pulakk!” maknya pulak membebel. Along dan Aie mempercepatkan telan makanan agar cepat jugak mereka keluar dari ruang dapur”

“Macam mana belajar??”
“macam tu lah..okeh-okeh sajaaaa”
“hmm..ader ramai kawan?”
“macam tu lahh”
“Ada pakwe?”
“Takdak! Along nihh nak korek rahsia lah tuhh!”
“mana laa tau kot kot ada yang terpikat dengan adik nakal abang sorang nihh, Siapa lahh jejaka malang tuhh agaknya??! Hah ha”
Cekodok punya abang. Tak pernah nak puji adiknya sediri.. ape lah nasib dapat abang yang ‘baik’ nihh?? 

“Amboooihhh…dah lama hiduup?!!”

“lama lah jugak dari kau tuhh” kata-kata adiknya dibalas.
“Kesianya laa bakal kakak adik nihh esok”
“kenapa?”
“yer laah, bakal suaminya tak reti memuji..sian sian”

Maknya tiba-tiba menyibuk conversation dua beradik itu “Aie, Ada Am call??” sejak akhir-akhir nihh korang jarang bergayut..

“ntah..dah lama dia tak call, biarlahh..dia sibuk tuhh kat tempat kerja baru...” Am atau nama sebenar Amran Suhaimi. Am ini anak kepada kenalan mak. Selama nihh tak kenal pon hinggalah masa tingkatan 3 aritu dan mak dengan mak Am bersahabat semula selepas many years lost contact.  Sejak itu jugak Aie dan Am berkawan walau beza umur mereka 6 tahun.

“yer?? Ibunya call mak semalam”
“Kenapa??”
“Adalah”
“Okehh.”

Pelik melihat tindak tanduk anak perempuan satu-satunya itu.. Selalunya Aie lahh yang berlebihan cerita itu ini tentang Am. Cot cet cot cet anaknya menceritakan pengalaman Am ditempat kerja baru. Am dah seperti ahli keluarganya. Dah beberapa kali Am datang tidur dirumahnya dan tentu Along ada ketika itu untuk mengelak fitnah. Tapi, sejak akhir-akhir nihh anaknya kurang bercerita tentang Am dan sebaliknya sibuk menceritakan hal kawan barunya, Naz. ‘Apa dah jadi antara mereka???’


“Siap!Yes!” seusai sahaja Aie siap membasuh pinggan dia terus masuk ke bilik untuk mandi. Hehe..Hari-hari cuti nihh confirm dia lambat mandi..biasalahh, anak dara masa kini! Bukan kerana nak mandi, tapi ingin lari dari soalan-soalan bertubi-tubi daripada maknya tentang Am..”AM….” Aie mengeluh..Dah berbulan Am tak menghubunginya. Mulanya dia ingat Am busy dan taknak ganggunya ketika saat genting nak berperang dengan SPM. Tapi, semalam baru dia tahu Am in relationship..itu lahh status baru FaceBook

 Am. Hwo is she???


“Along! Alih balik channel 391!”
“Ah,takdek keja lain adik nihh, masuk bilik, study!”
“Chill lahh”
Along tak mengendahkan adiknya itu dan terus menukar channel 103. Sejak akhir-akhir nihh makin kerap dia pulang ke rumah. Home sweet home konon, entah-entah nak monitor aku! Aie bengang lalu masuk ke bilik dan tak keluar-keluar dahh.





Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar petanda suruh aku terima kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
oohh.. Kenakah rasa itu..

Rington Najwa lafif kedengaran..

“haiss, sapa lahh call nihh!”

“Hello,Assalamualaikum….”
“Waalaikumussalam” Lambat-lambat Aie membalas salam orang yang menelefonnya.

“Why you call me??”

“Kenapa nihh, ada problem ke??”

“Takdekpaperr”

“Anything to share??” sekali lagi Naz cuba bertanya. Kenal benar Naz dengan Aie. Aie selalunya akan menjawap setiap soalannya macam bertih janggung.Tak seperti sekarang….

“Aie, esok kau free tak??”

“free. Nak ajak ulang kaji ya..aku on jer..”

“Bukan, Aku nak ajak kau dinner kat rumah aku. Mama dan papa nak kenal dengan kau.So??”

“What?! Sah kau putus fius!”

“kau tau kan lepas jer SPM nihh aku akan fly…kira nihh permintaan aku”

“Alah kau nihh, aperr touching-touching nihh!”

“Kiranya kau setuju lah yer..okehh, I’m off!”

“weyhh!! Suka suki jer..dinner dengan keluarga Syed Tajuddin?! Mengarot!”

Esoknya disekolah… Amira “Aie, how’s your preparation?? Lately aku tengok kau selalu takdak..lama kita tak hang out,JOM!”

“erm, macam tu laa..macam kau tak kenal aku nihh yang pemalas nak baca-baca buku nihh”
“haah laa Yang, lama kita tak gi dating..hehe”
“Wekkk!!”
“Yang, jangan laa kau muntah kat sini..hahaha” makin seru Aie menyakat rakannya itu.
“Takdek makna!!”
“minah senget! Kau tuhh tak baca buku sekalipon, marks tetap higher than me!”
“mana ada…”
Amira..Kalau lah kau tau betapa aku berusaha belajar dan ulangkaji untuk SPM nihh….SPM nihh penting untuk aku.. Aku nak tanggung family aku…Amira..tak semua aku boleh share dengan kau..


“So, nak makan mana, ini malam aku belanja”
“jap…jap…jap, Malam nihh??? Aku tak boleh lah…”
“Lah..pulak!”
Tak sampai hati pula melihat kekecewaan di mata Amira..Tapi, aku tak mungkin mungkir janji dangan Naz about dinner malam nihh..

 “Mira, mak aku takdek kat rumah malam nihh, takkan aku nak tinggalkan rumah kott dan serahkan kepada Angah, Mau karam rumah aku!”
“okehh..lain kali yerr..”
“thanks”
“For what??”
“For everything…”
“sengett!!


Sepanjang hari di sekolah Aie asyik mengelamun..mengelamun jauh ke New Zealand..Aie rungsing dengan dinner malam nihh..kalau dengan Naz okehh lah jugak tapi sekarang suasananya lain….Mak akhirnya setuju jugak setelah berunding dulu dengan Angah.. Angah memang abang fevretnya..Sememang Angah selalu menolongnya dan memenangkannya..


“Angah! Adik nak pakai apa malam nihh..t-shirt hitam nihh okehh??” Ditariknya tangan Angah masuk ke markasnya.

“Ayoyo..adikku sayang, low frofile betol nak pakai t-shirt untuk dinner”

“Alahhh..angah kan tau koleksi baju ‘ayu’ adikmu ini kurennggg…”

“Tu laa..awak tuhh perempuan, patutnya up-to-date lahh sikit…”

“Hisy..angah nihh nak tolong ke tak???”

Angah akhirnya akur dengan permintaan Aishah lalu terus membelek-belek koleksi pakaian adiknya itu..Banyak baju t-shirt dan jeans saja..colour hitam pulak tuhh..parah, adik aku! ”Hah, gotta!!”

“Angah! Taknak lahh yang tuhh!!”

“ini saja yang adik ada..tu laa lain kali ikut angah shopping baju..”

“tapi…baju tuhh pink!!”

Nak tergelak jugak Angah melihat reaksi Aie. Biasanya perempuan nihh suka pakai yang colour ‘pink’ tetapi lain pulak dengan adik satunya itu..

“Angah hantar adik kan??”

“okehhh, tu kan condition mak bagi..hehe”

Aku Tunggu Kau part2



Part 2
“Semua! Cikgu datang!”

Suasana kelas agak tegang dengan modul-modul soalan SPM yang perlu disiapkan segera. Ada yang keluar ke tandas untuk membasuh muka, Ada yang merenggangkan urat-urat dan ada jugak yang tak tahan dari mengantuk hingga akhirnya Z z z~

“Baik lahh..malam nihh jangan lupa ada tuition Add math!”
Alahhhh..cikgu, tak boleh ke kita break seminggu..penat lah, dah setiap hari ada tuition..kepala otak kami dah nak pecah..GB otak kami pon dah low!

Aie pon sejak akhir-akhir nihh sudah tak aktif  mempermainkan orang lain. Last dia buat hal pon dua minggu lepas.. Dia kenakan Su dengan ular mainan yang baru debelinya. Amira sekarang boleh bernafas lega bila melihat kawannya yang senget tuhh dah serious dengan masa depannya.

“jam 5.Dekat taman!” sedikit jerit Naz sebelum berlalu pergi..

“Okehh!” dalam hati Aie mengiakan kerana takut didengar Amira yang baru keluar dari tandas.


“JOM!”


Tepat jam 5, seperti biasa Naz akan menunggu budak senget untuk mengulang kaji sama-sama. Seperti biasa jugak Aie akan lambat. Sabar je lahh!

“hai, sorry bro aku lambat..mak aku soh lipat kain tadi..tapi tak habiss, aku senyap-senyap cabutt..!hikhikhik”

“Kau nihh.”

Setiap petang Rabu,Khamis dan Sabtu, tentu mereka akan lepak di taman untuk mengulang kaji. Aie bukanlah perempuan yang suka menjaga penampilan, cukup saja mengenakan baju-T dan seluar track dia dah boleh keluar sekalipon ke Bandar. Budak low profile. Dia tak suka membazir masa make-up seperti kawan-kawannya yang lain, baginya, make-up membuatnya seperti badut!

“Bak sini beg kau..”

“aku nak tolong bukakkan love letter kau lahh”

“mana kau tau?”

Aduhh..aperr dia ingat aku nihh slow sangat ke bab isu semasa nihh.. Aie bermonolog sendiri. Dekat kantin, tandas, mahupon kelas semuanya sakan membuat karangan cintun untuk dikirim langsung kepada mamat omputeh nihh. Dua bijik mata nihh jugak menjadi saksi adik-adik junior gilir-gilir masuk kelas gara-gara nak letak surat bawah meja mamat nihh! Masa aku nggak tau!

“kenapa kau tak baca surat-surat nihh?”

“Aku tak suka surat cinta..”

Hohoho..Aku faham..sebab aku pon gitu jugak dulu Cuma…aku lebih agresif. Bila ada jer yang datang nak hantar surat, aku tibai guna buku teks. Lepas tuhh tak ada yang berani dahh..hahaha

“Naz, kau faham tak soalan math nihh..??”

“mana?”

“Bak sini buku aku tulis, kau jawab balik guna formula aku beri.” Ligat Naz menulis formula menggunakankan pensel mekanikal miliknya.

“Aie, kau nanti nak sambung mana belajar?”

“Kau dengar tak??”

“Hmm.. aku tatau….”

“Kau tak pernah fikirkan masa depan??”
Senyap.

“Kau??”

“lepas habis SPM, papa aku akan hantar aku ke Amerika, kat sana aku amik business course”

“Oh, tu ke cita-cita kau??”

“ntah” jawab Naz. Dia sendiri tak tahu apa cita-cita yang boleh dia gapai. Dia hanya tahu, dia akan mewarisi semua perniagaan milik keluarganya kerana dia anak tunggal.
“Aku ada impian”

“apa dia…”
“Aku nak belajar kat luar Negara..Tapi aku tahu itu takkan mungkin..besar pembiayaan. Mak aku ibu tunggal dan ada tiga abang aku yang sedang sambung belajar dekat university”

“bagi aku, cita-cita adalah perkara yang boleh dicapai tapi ‘impian’ hanya lah mimpi suatu yang tak pasti.”
“Nothing is impossible in this world”
“Siapa pernah menduga Shekh Muzaffar Shukur akan menjadi angkasawan Negara yang pertama?”

“keluarga kau loaded, wealth..aku?? ape yang ada??”

“think positive, aku yakin suatu hari nanti kau akan dapat belajar kat luar Negara”

“Hmm..ye lahh!”
“What?!”

“takderpape..” desis hatinya ‘iya iyalah..masa iya iya donnkk!’

“Okehh laa..aku nak balik..malam nihh ada tuition, kau datang?”

“sure…” Aie mengangguk dan Naz hilang dari pandangan.















Thursday, 12 April 2012

Ratu Cantik Dunia Lelaki






artikel dekat SINI
Lelaki boleh jadi pemenang ratu cantik dunia
NEW YORK - Penganjur pertandingan Ratu Cantik Universe kelmarin membenarkan lelaki yang telah menjalani pembedahan pertukaran jantina menjadi peserta sekali gus berpeluang dimahkotakan sebagai wanita paling cantik di dunia.
Pertubuhan Hak Gay dan Transgender (GLAAD) menyatakan, lelaki yang menukar jantina akan dibenarkan membuktikan kebolehan mereka dalam pertandingan ratu cantik antarabangsa itu bermula pada tahun 2013.
Sebelum ini, seorang lelaki yang telah menjalani pembedahan pertukaran jantina, Jenna Talackova telah dibenarkan untuk bertanding dalam pertandingan Ratu Cantik Universe Kanada.
Lelaki yang menukar jantina menjadi perempuan dibenarkan bertanding selepas Talackova mempertikaikan keputusan pihak penganjur pertandingan itu membatalkan penyertaannya.
Penganjur pertandingan Ratu Cantik Universe yang dimiliki oleh bilionair terkenal Amerika Syarikat, Donald Trump sebelum ini menetapkan hanya peserta yang lahir sebagai wanita sahaja dibenarkan bertanding.
Talackova, 23, menjalani enam pembedahan untuk menukar jantina.
Dia mula menjalani pembedahan itu semasa berusia 19 tahun.
Maklumat dalam pasportnya menyatakan bahawa dia seorang wanita.
Kemasukan peserta lelaki yang telah menukar jantina itu akan menyebabkan pemenang pertandingan Ratu Cantik Universe tidak lagi terdiri daripada wanita tulen.
Pertandingan Ratu Cantik Universe diadakan di beberapa buah negara bagi memilih wakil untuk bertanding pada peringkat dunia. - Agensi

Komen si cute SINI
  • still ratu cantik ke?? konfius
  • 'Mereka' ingin diterima umum (salah cara kott)






TSUNAMI ACHEH 2012


student-student universiti jarang layan akhbar.. i tau.. coz i pon tak layan jugakk! huhuuu
tapi, isu ini penting.. ramai cakap ini amaran dari Allah




nak bukti kesahihan, BACA SINI
JAKARTA - Sekurang-kurangnya tiga ombak tsunami setinggi sehingga 80 sentimeter (sm) melanda pesisiran pantai Indonesia selepas satu gempa bumi kuat berukuran 8.6 pada skala Richter menggegarkan Pulau Sumatera semalam.
"Alat pengukur ombak dan boya kami merekodkan tsunami kecil," Pegawai Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Kristiawan.
Menurutnya, tsunami paling tinggi berukuran 80sm dicatatkan di Meulaboh, barat Aceh dengan beberapa ombak lebih kecil berlaku di kawasan pesisir pantai dekat rantau berkenaan.
Semua tsunami berlaku hampir sejam setengah selepas gempa bumi pertama melanda pada waktu petang, katanya.
Selain Indonesia, tsunami kecil setinggi 10sm turut melanda Pulau Andaman di Thailand semalam.
Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) menyatakan gempa bumi pertama berpusat 33 kilometer di bawah dasar laut sekitar 434 kilometer dari wilayah Aceh.
Bencana tersebut menyebabkan Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran tsunami untuk Indonesia, India, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maldives dan kepulauan lain di Lautan Hindi, Malaysia, Pakistan, Somalia, Oman, Iran, Bangladesh, Kenya, Afrika Selatan serta Singapura.
Satu gempa susulan kemudian berlaku dengan kekuatan 8.2 magnitud yang berpusat dari Banda Aceh.
Gempa bumi pertama berlaku pada pukul 3.38 petang waktu tempatan manakala yang kedua berlaku pada pukul 5.43 petang.
"Kami sekali lagi mengeluarkan amaran tsunami selepas gempa kedua berlaku," kata seorang lagi pegawai Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia Prih Harjadi dalam wawancara secara langsung bersama saluran televisyen TVOne.
Menurutnya, penduduk di sepanjang pantai barat Pulau Sumatera dan Mentawai telah diarahkan supaya berpindah ke tempat lebih tinggi bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.
"Gempa susulan berlaku selama empat minit dan ia kuat," kata seorang koresponden agensi beritaAFP di Banda, Aceh.
"Orang ramai panik dan bergegas keluar dari kediaman mereka dan bangunan," tambahnya.
Amaran tsunami kemudian ditarik balik sekitar pukul 7.45 malam waktu Indonesia.
"Orang ramai boleh kembali ke kediaman masing-masing," kata Ketua Agensi Meteorologi dan Geofizik Indonesia, Woro Harijono kepada saluran televisyen Metro TV.
Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Susilo Bambang Yudhoyono menyatakan, Indonesia diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga berikutan bencana terbaharu itu. - Agensi


nak baca isu lain KLIK SINI

Wanted Girl!

Makk, tulun2.. 


She's my twin actually..ahakss..(tak tau pulak mak aku beranak dua..)

credit to this blogger terima kasih

Segmen: follower meningkat trafik bertingkat2

mari bersegmen!! lalalala


segmen
http://kinarakinatara-beebeey.blogspot.com/2012/04/segmwnfolower-meningkat-trafik.html



err.....tak tau nak kata apa.. simply.COMEL LAH! :)

Tuesday, 10 April 2012

Novel: Aku Tunggu Kau part1



Sinopsis
S
iapa Aie dan siapa pula Aishah? Gelaran budak senget kerana lagaknya yang nakal. Walau dia nakal namun ramai juga yang menyenanginya. Amira, rakan baiknya sejak sekolah rendah hingga menengah setia sebagai sahabat dan ‘mangsa’. Aie seorang gadis simple dan low profile, lebih suka berbaju T dan menyakat orang. Siapa sahaja pasti akan menyedari kehilangannya.
Cukup lah setahun untuk mengenali siapa sebenar Aie dan terpaut kasih yang sukar dijelaskan dengan mata kasar. Dalam diam Aie berkawan baik dengan seorang budak baru bernama Syed Nazwan. Walau Aie pernah menyakitkan hatinya ketika hari pertama sekolah, namun gadis itu juga membahagiakan hidupnya di Malaysia. Malaysia yang pernah menjadikan hidupnya serabut akhirnya menjadi tempat dia menemui erti persahabatan.

Kawan tak boleh menjadi musuh
Musuh tak boleh menjadi kawan
Benarkah?

Sebelum kita menemui bahagia,
Kita akan menempuh derita,
Sebelum kita menemui kesenangan,
Kita akan menempuh kepayahan,
Sebelum kita menemui sahabat
Kita akan menempuh musuh.

Mungkin persahabatan bertukar kepada berkasihan. Andai itu berlaku, biar lah ia berlaku seiring waktu.












Part 1
I am A.i.e

“Aishah, ambik kan mak surat-surat kat box..”senyap.

 “Aishah?” mana pergi anak dara sorang aku nihh.haiss..
Suatu yang pasti anaknya masih jugak belum bangun..mentang lah hari cuti..’nak kena nih!’

Dipusingnya tombol pintu bilik yang tergantung papan ‘NO ENTRY’ dan…
“Cakk!!!!!”

“ooO Pocottt, Hayyyakkkk!Kame hame Haaa!!” 
Hampir bersilat maknya di depan pintu bila anaknya memeranjatkannya..
Heheh..hisy mak aku nihh siap bukak langkah! Kantoi mak suka layan cite Dragon Ball…

“Ya Allah, mati berdiri mak kau nih kang!”

“Alaa..mak nihh..orang gurau sikit jer.. nak g ambik surat lah nihh tadi..hehe”

“on the way kebendenya, duduk melingkar atas katil lagi! Matahari dah menjolok buntut! ”

Itu laa budak senget (gelaran dari rakan-rakan)..Aishah,ikut dari namanya mesti terserlah kelembutan yang sukar ditafsirkan. Jika lembut itu tanda aras bagi wanita..maka Aishah terkeluar senarai dari carta.. Di sekolah lagi, Aishah amat dikenali.. Sebut saja nama ‘Aishah’ hingga pengetua dan semua kakitangan sekolah mengenali budak senget itu… Bukan kerana dia artis, tapi kerana kenakalannya yang ‘luar biasa’.Ada sahaja agenda senget yang akan dilakukannya… pernah suatu ketika…

“cikgu, Aishah pengsan.Pengsan dekat padang!” tutur butir kata Amirah lambat cikgu Din fahami.
“apa?”
“tepi.tepi..mana budak pengsan?!”
“Ya Allah, macam mana boleh pengsan nihh?? Yus, Mira, Alia..kamu tolong angkat Aishah masuk kebilik medic.”

“badak apa aku pikul nihh, berat mengalahkan guni pasir!” bebel Yus.
“Ishh, ka nihh sah-sah mulut tak update lesen” kasihan Amira melihat kawan ‘sejati’nya diumpat depan-depan..
“dah,dah..tak payah nak ngomel..dukung sket pon banyak songeh”
“turunkan aku!”
Jatuh rahang Yus melihat adegan selamber Aishah..Molek sahaja dia sedarkan diri bila sampai depan muka pintu bilik medic. Sah, Aishah gula-gula kan orang agy nihh! Sialan!

“Girls, thanks.” 
Sambil senyum Aishah berlalu pergi. Tidak lama, Amira berlari anak mengejar langkah Aishah masuk ke kelas.

“Aishah, kau nihh ape hal gula-gula kitaorang hah?!” sakit hati Amira bila teringat bagaimana dia bersusah payah berlari dari padang terus ke bilik guru yang jauhnya hampir setengah batu. Termengah-mengah dia mencari guru bertugas keadaan suspen yang dicipta Aishah tanpa berunding dengan dia dahulu.

“kau nih memang senget laa, aku pon kau nak bang bang boom!”
“aku punya la nak sakit jantung risaukan kau.”
“hahaha, ala muchuk muchuk” dipicitnya kedua pipi Amira tanda ingin memujuk.Tapi entah lah…

“aku ada kenyit mata apa masa aku pura-pura pengsan tadi” “kau tuhh haru sampai tak nmpak aku kenyit”
“kau kan tau aku ‘lemah’ sikit bila masuk bab nak exercise PJK, tuhh aku nak cabuutt” hehe…

“mana aku Nampak!” 
sehabis mungkin Amira pertahankan kata-kata Aie a.k.a Aishah. Walau pada akhirnya Aie jugak yang menang.


Banyak tahun sudah berlalu.. Kini Aie dah menjengah remaja. Umur 17 tahun masih lagi belum mematangkan perangai dan tabiat Aie mengula-gulakan orang.. Amira pula masih budak dungu yang setia menemani ‘permainan’ minah senget.

Awal tahun di tingkatan 5.. Aie kini budak senior yang penuh kejutan. Selalu sahaja adik-adik junior dia permainkan. Lebih-lebih lagi birthday girl.Confirm dia orang pertama yang mewujudkan suasana meriah satu sekolah.

“mak!!!”  
berlari tujuh pusingan bangunan sekolah birthday girl yang bernama Jonet.

“akak, please laa jangan baling tepung tuhh!” separuh merayu Jonet kepada Aie.
“eh, mana boleh! Kau kan birthday girl..kau tau kan nihh adat permainan kat sekolah nihh!”

“Please lar, don’t do this..saya jerit kang!”

“wekkk!” 
jelingan killer birthday girl makin memarakkan semangatnya untuk bermain.
“jeritlah..ada aku heran?!!hahahaha”
Sambil ketawa Aie membaling tepung tanpa melihat sekeliling.

“popppp!” terkena pada sasarannya! Hoyehhh
“alamak!” dalam hati Aie bermonolog sendiri.”apehal mamat omputeh nihh yang kena”

“ayokkk, akak buat..lalalala” semua yang ada gelak ketawa.Akhirnya Aie akan dikenakan hukuman mendatori..huhuu
Keadaan senyap seketika…

“Zaapppp!” Aie hilang dari pandangan. Entah ke kutub mana dia melarikan diri. Hehe.. Tau pulak dia takut.. mana tidaknya.. senyuman sinis mamat omputeh sudah cukup melonggarkan kepala lutut Aie. “grrrr..”

“hah, sini kau rupanya.” Dari belakang Amira menyapa kawan baiknya itu.

“ape???”
“jom masuk kelas..”
“hmmm…”

Susana dalam kelas bising dengan kepadatan anak murid. Namun bila sajaseorang guru masuk..Suasana senyap hingga daun yang jatuh boleh kedengaran.
“bangun, Assalamualaikum cikgu!” Suara komanden kelas kedengaran, Fahmi.

“Assalamualaikum…cikgu” semua pelajar dikelas memberi salam kepada tanda hormat kepada cikgu.
“Baik laa..semua boleh duduk. Pagi nihh ada budak baru yang akan masuk ke kelas kita.”

Kedengaran tapak kaki seseorang yang sedang menapak masuk ke kelas 5 cerdik.
“masuk.”

“sapa..sapa weyhh??” 

suara-suara sumbang budak kelas sudah cukup menciptakan tanda Tanya. Siapa budak baru?? Lelaki ke perempuan?? Di benak Aie berkata.”Great, ada budak baru, ada ‘permainan’ baru. Cantekkk!” kuikuikui Aie tersenyum sendirian. Amira disebelahnya dah menduga ‘agenda’ Aie.

“Nama aku Syed Nazwan bin Syed Tajuddin. Just call me Naz.”

Tersentak semua penghuni kelas 5 Seri apabila budak baru itu memperkenalkan diri dengan berkeyakinan dan berwibawa. Kacak! Dari segi penampilan yang kemas dan rapi, jelas dia adalah seorang yang mementingkan penampilan. Cuma baju putihnya sudah bertukar warna. Bajunya penuh dengan tepung dan telur. Kalau bukan dia pakai uniform sekolah sure orang ingat chef lima bintang datang bertandang ke kelas mereka.

“hensemnya!!”

“yer lahh! Gila mamat nihh betul-betul macam orang putih”

Dalam hati setiap perempuan di kelasnya memuji gaya macho mamat yang masuk sebentar tadi. Ada jugak yang berangan-angan untuk dijadikan ‘balak’ dengan ketampanan dan ketinggian yang dimiliki bak seorang peragawan. Hanya seorang perempuan yang tak fikir langsung ke arah cintan cintun, sebaliknya terkejutt!

“erkk!!”

“Diakan yang..yang.. aku ??!! Impossible!” 
Nak tersembul biji mata Aie melihat pelajar baru yang berdiri dihadapannya. Susah rasa tekak nak telan air liur. Terasa payau di tekak..nak demam pon ada. Meskipon Aie seorang yang nakal, namun inilah kali pertama dia tidak sengaja mencari fasal dengan lain gendernya.

“Masak aku kali nihh!”

“Naz, kamu boleh duduk dekat sebelah Fahmi”

Naz senyap tanpa berkata apa-apa terus bergerak ke kerusi seperti yang diarahkan cikgu Din. Posisinya agak kekok kerana ada yang merenungnya. Otaknya ligat mengingat siapa perempuan yang terlopong mulutnya saat dia memperkenalkan dirinya.. “Macam aku kenal..tapi dimana yaa??”
“huh! Minah nihh yang kotorkan baju aku!” bisik hati Naz..

Namun Naz adalah lelaki with no words. Susah bagi orang untuk membaca fikirannya. Beza seperti langit dan bumi antara Aie dan Naz.


Baru dua minggu Naz kembali ke Malaysia selepas 6 tahun menetap di ibu kota London. Mama dan papanya still disana. Hanya dia yang pulang untuk menduduki peperiksaan SPM. Kalau ikutkan hati..tidak mahu dia pulang ke Malaysia yang panas nihh..jika tidak kerana papa yang menyuruhnya menduduki SPM pasti dia tidak akan pulang.

 “Naz, kamu kena ambik SPM, walau kita nihh orang yang berada dan tinggal diluar Negara, tapi suatu hari nanti sijil SPM tuhh akan jadi asset untuk kamu menapak business di Malaysia.” Kata-kata itu sering diulang papanya hingga bernanah telinga mendengarnya dan akhirnya akur dengan permintaan papanya.
“Pa, boleh ke Naz tuhh survive kat sana??? Ye laa blue-eye child kita mana pernah berenggang dengan kita, I tak setuju u sent him…”

“he’s grown up now, take this as a lesson for him to face the future.”
“Can we drop the cases?” 
Papanya tetap bertegas. Bentak hati isterinya sengaja tidak dilayan kerana keputusan yang diambil untuk kebaikkan anaknya jugak nanti. Mamanya sekeras hati tak bersetuju dengan permintaan suaminya. 

Anaknya tidak pernah ditinggalkan sendiri dan segala makan pakai semuanya dia dan bibik yang aturkan. Naz telah terdidik dari kecil untuk mewarisi  empire besar keluarga Tajuddin dan segala tindak tanduknya sering diperhatikan. Sebab itulahh Naz membesar menjadi budak lelaki yang cold-hearted.

Petang yang santai. Naz duduk di tepi tebing tasik untuk melihat ikan-ikan tenggelam timbul. Itulah rutin hariannya sejak tinggal di Malaysia. Naz tak ramai kawan..mungkin orang takut nak berkawan dengannya kerana dia seorang yang pendiam. Lagi lah orang takut nak mendekatinya bila setiap kali dia dihantar dan dijemput dengan kereta BMW berserta dua bodyguard.

“Oiii, ka nihh ape hal nak cari pasal dengan aku?!”
“kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu!”
“ewah ewah..kau jerk pikir kami cari pasal dengan kau, abiss kau kurung awex aku dalam tandas sekolah semalam.. kau tak pikir??!!”
“Skang, biar aku pulak yang settle kan kepala hotak kau yang senget tuhh!!”
“woii, budak senget! jangan lari lahh!!”

Aduss, apa nasib aku hari nihh?? Dah laa tadi kena sound dengan mak sebab panjat pokok mempelam jiran sebelah tak mintak izin, skang ade pulang geng nak kejar aku…Malang tak berbau!

Termengah-mengah Aie berlari menjauhi geng yang cuba menangkapnya di taman petang tuhh. Namun siapalah dia jika dibandingkan dengan 3 orang lelaki yang tentu saja tenaga melebihinya.
Aie lari sambil menoleh kebelakang..dia lupa apa yang menanti dihadapannya!
“gedebekkkk!”

” aduss, aku jatuh pulak..tapi apasal aku seperti jatuh atas tilam jerk???!”
Aie bukak mata perlahan-lahan dan bagai nak jatuh rahangnya bila dia sedar dia terjatuh atas badan seorang budak lelaki. Jantungnya tak semena-mena berdegup kencang dan sekejap seperti nak terhenti. Ada getaran yang anihh dirasakannya.
Budak lelaki itu senyap saja..  ”bisukah dia??”

Lelaki itu berdehem kecil setelah merasakan yang jatuh atas badannya tidak juga menunjukkan tanda-tanda untuk bangun.

“Sorry!!!”
“Sorry jerk???”
“ye laa sorry jer laa..amboihh nak lebeh-lebeh pulak!”
“huh????”
Sebenarnya Aie malu. Tak pernah lagi dia jatuh atau dekat dengan mana-mana lelaki. Budak lelaki nihh dah melanggar tanda aras yang dia letakkan sebagai seorang perempuan. Lelaki itu pula dalam kebingungan tentang kejadian tadi ‘salah siapa?’

“Kau, thanks jadi pelampung tadi! Bye!” 
Aie memecah kebisuan antara mereka. Berharap lelaki yang dilanggarnya tadi tidak berganjak agar dia boleh menapak pergi.

“awak, tunggu!!”
“awak??!! yucks, Nak cair tahi telinga aku!”
Aie akhirnya ingat pada geng yang mengejarnya tadi. Geng tadi dah hilang dari pandangan. Mungkin kerana tak larat mengejarnya atau ternampak dia bersama seorang budak lelaki. “Alhamdulillah…”

“Kau, buat apa dekat sini?” 
Tanya Naz kepada budak perempuan yang telah kali kedua bertembung dalam suasana yang tegang. Tapi, dari gaya budak senget nihh..dia mungkin dah lupa kejadian di taman sekolah.

Melayang jauh fikiran Aie hingga terlupa makhluk dihadapannya “erm,erm…aku saja datang bersiar-siar kat taman nihh. Dah lama aku tak datang.” Saja Aie cuba melindung kes dia dikejar geng tadi.
“Kau pulak??”
“aku pon…..” Naz menjawab.
“jom, pergi kat kerusi tuhh” jari telunjuk Naz mengarah ke sebuah kerusi di taman itu. Aie hanya mengangguk dan mereka berjalan beriringan menuju ke kerusi.
“Naz, kau bukan budak sinikan??? Aku tak pernah nampak kau pon selama nihh kecuali lepas kau masuk sekolah aku aritu”
“haah”
“Kau dulu sekolah mana??? Skang kau tinggal kat sekitar sini ke???”
“Haah….”
“Naz, kau gagap ke??”
“Haah….eh, Aperr!!!”
“hahaha, abis kau jawab soalan aku sepatah jerk!”
“Hmmm…”
“Parah kau! ”
“Aku nak balik.” Suara Naz memecah hening antara dia dan Aie.
“Nama kau??!” 
“Kau tau.”

Keesokkan hari, pengacara Melodi membuat liputan secara ‘live’ di sekolah.. meja kopi pon rancak berbual mengenai orang yang sama, NAZ!
“Kau rasa dia ada orang special tak?”
“ntah..aku rasa takdak..”
“I hope so…..”
“Bertuahlah badan sapa dapat ‘balak’ yang load camtu”
“tengok lah keta dia..luxurious siotttt!”
Materialistik betol perempuan-perempuan sekarang..perasan cantekk! Aku jadi lelaki pon taknak dekat-dekat dengan minah-minah gila harta nihh. Alangkah indahnya jika kata-kata ini dapat dibukukan. hehe


“Aie, kau rasa dia hansem tak?”
“aper??”
“Hisy..Tak ada siaran ulangan!” Geram Amira dibuatnya bila pertanyaannya tak dilayan. Aie tak boleh memberi respons, hanya senyuman kelat yang mampu dibalas.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...