Tuesday, 27 December 2011

VaniLa cOklat slot LESTARI di tv3

konfius nak text dlm bahasa malay atau english... bantai iban kang baru tau! uff

Oke kembali kepada agenda sebenar... Drama bersiri terbaru slot Lestari 'VANILA COKLAT' dah pon keudara menggantikan Cinta Ellysa. dah episode 2 ponn.. so, forget Aril remember Amir pulaks..hakhak

Drama bersiri ini telah bermula 20DEC 2011 setiap SELASA jam 9mlm tv3



Storyline yg menarik, kalau lakorn thai macam genre slap kiss laa... gaduh2 lama jadi sayang... peeewiit!

SiNopSis~

            Zara benci Amir..Amir benci Zara.. kisah seorang perempuan berusia 19 tahun Zara (lakona Izara Aishah) dan  lelaki seusianya Amir (lakonan  Aiman mentor). Masing-masing ada cara hidup tersendiri.. Zara antara pelajar cemerlang sedangkan Amir kontra, suka membuang masa dan sangat friendly(playboy). Actually, ada sisi dimana Amir fokus dengan minat dia... Photographer

Ibu Bapa Zara tidak menyukai Kamal (lakonan iqram dinzly). Begitu juga parents Amir terhadap Liyana. Suatu hari Papa Zara dan Daddy Amir merangcang untuk menjodohkan Zara dengan Amir agar persahabatan mereka tetap utuh dan makin erat dengan ikatan kekeluargaan. Family masing-masing bertemu di restoran. terkejut besar Zara!.tup2 these two kena paksa rela kawin..sedangkan masing-masing ada pilihan sendiri Kamal dan Liyana.

Pelbagai cara dan alasan Zara dan Amir lakukan agar Parents mereka menarik semula perjodohan ini. Amir tidak puas hati lalu berbincang dengan papanya. Papa Amir makin desperate hingga berlagak sakit jantung dan dirawat di hospital. Hasratnya cuma satu, Amir setuju bernikah dengan Zara.

Selepas mereka dinikahkan, Vanila dan Coklat tetap tidak bersatu. Zara dan Amir tinggal berasingan. Menyedari situasi ini, papa Amir dan papa Zara merancang sebuah percutian bulan madu untuk anak menantu mereka. Mereka berdua tidak membantah namun menolak untuk berbulan madu di Luar negara. Destinasi Cameron Highland menjadi tempat berbulan madu mereka namun masih tiada kemesraan antara mereka.

Zara dan Amir meneruskan pengajian mereka. Kamal terus-menerus menghasut Zara, jika dia bersama Amir, Zara tidak akan pernah bahagia. Satu insiden diamana Amir dan Zara bergaduh besar lalu Amir meninggalkan Zarakeseorangan di tepi jalan.

Zara menghalau Amir keluar dari rumah setelah termakan hasutan Kamal. Apabila Zara membuka pintu, Amir telahpun pengsan terkaku. Amir pengsan kerana tidak makan seharian karana berjanji pada hari itu mereka akan makan berdua.

Dari saat itu, Zara sedar dan rasa bersalah dan menunjukkan naluri isteri kepada Amir. Tiba cuti semester, Amir membawa Zara ke Genting Highland untuk memperbaiki hubungan antara mereka. Masing tersipu bila pasangan menunjukkan lagak romantis. Amir berterus terang, dia telahpon jatuh cinta terhadap Zara Saat di hari pernikahan mereka. Mereka kini seperti pasangan suami isteri yang lain.

Sepulangnya mereka ke KL, keluarga masing-masing merancang untuk mengadakan majlis. Kamal dan Liyana turut diundang. Pada hari majlis tersebut berlangsung, Pelan Kalam dan LIyana berjaya. Papa menyangka Amir membuat onar dengan Liyana. Berlaki pergaduhan dan papa Amir menjadi orang tengah. Namun Hubungan dua keluarga mula goyah dan tak sehaluan.

Bagi Zara, dia percaya dengan suaminya setelah mengenal hati budi Amir. Vanila mulai menerima kehadiran Coklat..Namun parents mesti disatukan semula dahulu. Bagaimanakah caranya?? Akankan rumah tangga Amir Dan Zara dilanda ombak badai hingga memisahkan mereka?? Saksikan.....




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...