Friday, 2 December 2011

sinopsis sinetron NADA CINTA

Hi there...

Hmm.. satu lagi sinetron indonesia yg berjaya menambat hati ramai orang Malaysia. Kadang-kadang aku pelik, jalan ceritanya tak logik tapi tetap diminati ramai (klu drama mlysia tak logik kena kutuk). Sama lah dgn jalan cerita lagu cinta nirmala yg baru tamat petang td..mmg tak logik! eh lari topik plak..



Hah, nihh cite mak aku paling suka saat ini "NADA CINTA". Kisah tentang anak gaul (ABG) dibintangi oleh jejaka luruh hati wanita Randy Pangalila!! hehe.. ada juga Mikha Tambayong, dewi sandra dan michella putri.Sinetron ni bergenre muzikal.. hah tengok laa cover kat atas, ada sket mirip2 high school musical..No comment!

Anyway, sinetron nihh aku bagi 4 bintang! why, sebab kisah anak muda nihh sedap sket nk tengok.. ada gaduh2 manja.. persahabatan dan dendam hanya membakar diri. Klu nak lebih detail.. tengok sinopsis kat bawah nihh atau mana2 blog yg mencerita kannya..


Sinopsis:

Nada (Mikha Tambayong) anak panti asuhan yang kehilangan orang tuanya saat dia masih bayi. Berikutan keinginannya untuk bertemu orang tuanya, dia nekad meninggalkan panti dan berhijrah ke kota Jakarta. Niatnya ingin bertemu ibu dan ayahnya, namun satu persatu permasalahan timbul. di situ, dia bertemu sekumpulan anak pengamen jalanan dan ikut bergabung bersama mereka. 


Waktu mempertemukan dia bersama Ricky (randy pangalila). Ricky pernah menolongnya dari penjahat yang nekad dan menintrodusi Nada kepada Rina guru muzik yang baru di sekolah. Rina tertarik dgn suara Nada, sayangnya Nada bukak pelajar di sekolah itu dan itu tidak melayakkan dia ikut menyertai kelas muzik. Namun, pada akhirnya Nada dibolehkan bersekolah di situ. Hubungan Ricky dan pacarnya Rianti berantakan dan pacarnya menyangkan ini ada hubungnya dengan Nada. Rianti berang dan berjanji akan menghapuskan Nada. 


Vito yang dalam diam mencintai nada tak ingin nada sedih gara2 perlu menjauhi Ricky. Dia berusaha mendekatkan Ricky dan Nada. Rianti makin benci sama Nada kerana kehadiran nada jadi kurang perhatian org lain kepadanya. Tapi setelah dia tau Rina dan ayahnya Faris pernah mencintai di zaman muda mereka dahulu namun ibunya Nia yang berjaya memisahkan mereka.. Akankan Rianti dan Nada mengikut jejak mereka merebut cinta Ricky?? Apakah pula feeling sebenar Ricky kepada Nada?? hah.. korang kena tengok sendiri sinetron 244 episode ini ..:)




 Randy pangalila juga berlakon dalaM:

Cinta Fitri

Cinta Melodi

Cinta Kirana

Hafizah








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...