Tuesday, 20 December 2011

Sam Num Neaw Thong/ 3 num nuea thong

uhuk uhuk...drama lakorn baru menggantikan 'game rai game rak' yg tamat minggu lepas...
mengikut firasat fanatik lakorn saya nihh, lakorn nihh best!!! mybe The Best evvaaa!! mehh wusha mehh ^_^





~ teaser ~


tayangan setiap jumaat-ahad waktu semasa negara Thailand. bagaimanapun bagi negara lain boleh menontonnya di laman You Tube atau Blog-blog aktif.





~***************************~
sinopsis 

lakorn tentang 3 lelaki yang telah lama bersahabat (BFF), Kritchai (Mark),Theethud (Ken P.), dan Watchara (Boy),Mereka terjerat dalam 3 kisah cinta yang berbeza.


Kritchai, hensem, gentleman dalam diam mencintai Arunsri (Kimberly) pekerjanya sejak pertama kali bertemu. Pertemuan pertama tanpa tersengaja Arunsri telah menolong menyelamatkan lukisannya dan sejak itu Kritcai diam-diam mengekori Arunsri. Melihat dari personaliti dan beberapa insiden, Arunsri menyangka Kritchai seorang 'gay' . Kawan baik Arunsri, Supannika beriya-iya dapat menjangka Krinchat telah jatuh hati dengan Arunsri. Arunsri bertegas majikanya hanya menganggap dia sebatas seorang pekerja. Kritchat tidak sengaja tahu arunsri telah mempunya boyfriend, ini membuatnya sedih...Namun, dia tidak berputus asa dan terus berharap Arunsri akan membalas cintanya.


TheeThud, lelaki playboy yang sentiasa bertukar ganti pasangan dan sukakan status 'single' tidak pernah terfikir 
untuk berkomitmen. Suatu hari, dia telah diserang oleh Lampao, sepupu Kritchai kerana menyangka ingin mencuri. Sejak itu sentiasa berlaku pergaduhan antara mereka. Thee menyumpah Lampao tidak akan pernah berboyfriend dengan gaya keanakkannya itu. Lampao bertegas dia tidak sesekali akan mengalah!


Watchara dan Nam telah pacara selama 5 tahun. kerana itulah Watchara amat menjaga hubungan mereka namun sikap Namm yang suka mengongkong dan bertindak sesuka hati membuat dia ingin berfikir semula hubungan antara mereka. Dalam pada itu, Watchara dan Supannika kerap kali bertekak tengtang hal yang remeh. Karekter Supannika yang kasar dan bersahaja tetapi baik hati dalam diam mengusik jiwa lelaki Watchara.  



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...