Tuesday, 12 April 2011

LaGeNdA aNaK cU

Uwwaaa..uwaaak... lahirnya kedunia dgn mendapat penuh perhatian dan kasih sayang dari keluarga.. anak kecil yg diberi nama pjah (nma timbangan) sangat comel dan periang.. Dilahirkan ketika ibunya berusia 46 tahun dan ayahnya 10 tahun lebih tua dr ibunya, amatlah aneh Anugerah Allah kpd keluarga ini... Abang-abangnya sangat menyayangi ank keci ini malahan mendapat lebeh kemewahan dalam segala hal..Setiap pagi pasti dibawa ke gerai untuk menemani ayahnya 'mengeteh'. Namun,Di mana silapnya??? anak kecil harus kehilangan ayahnya ketika beruasia 4tahun..Pada usia ini apalah sangat yang dia faham tentang kehilangan.."mak.....mana ayah???"

Masa berlalu bagai awan hitam yang pergi setelah menurunkan hujan, anak kecil itu kini sudah berada di Tahun Satu dan mulai memahami kekurangan keluarganya.. Pernah suatu ketika, dalam perjalan pulang dari sekolah, pjah merasakan sangat cemburu dengan rakan baiknya Dayya. "Dayya, tunggu lah aku!", jerit nya. " weyh, abah aku dah jemputlah, cancel lah aku nak balik jalan kaki dengan kau". "Allllaaaaaaa....:("  Melihat Dayya dihantar dan dijemput oleh abah. Setitis air mata tak pernah tumpah kerna itu kerna dia tau walau sebesar manapun cemburunya kepada rakannya itu takakkan mengubah apa-apa.. Dia sedar, dia perlu tabah dan menghargai waktu sekarang. Jangan kerana tiada ayah disampingnya mematahkan semangatnya dari terus belajar dan mendapat pendidikan terbaik. Sejak dari itu, dia sudah tidak ambik pusing kekurangan itu. Dia boleh berkongsi kasih dengan abangnya ataupun abang iparnya yang sudah dianggap 'ayah' baginya. Mujurlah ibunya sangat2 memperhatikannya, jadi kehilangan itu bertukar menjadi 'kelebihan' pada dirinya. "mak, bila kita nak pergi bandar beli beg sekolah baru??". Dengar abangnya membebel dari jauh, "Ishhh, adik nih, semua nak baru, abang dulu adik oii beg sekolah boleh pakai sampai 5 tahun". "Elehhh, Abang jelous!!" hoho

Berada di Tahun Enam amatlah sukar, manakan tidak, pjah serta rakannya yang lain perlu struggle memperolehi keputusan terbaik dalam UPSR.. Bagaimanapun, pjah selalu bolong sekolah kerana sakit kepala (migrain) yang dialamiya. Kadang- kadang dia memilih untuk ponteng sekolah kerana malas ke sekolah atau takut diamarahi guru.Hihihiii. Guru tidak langsung berharap tinggi calon UPSR ini boleh mendapat result sesuai dengan gred pelajar lain. Apakan tidak, pjah lah pelajar paling rendah dengan jumlah kedatangan ke sekolah yang amat rendah.Ada ibu seorang rakan mengambil keputusan untuk tidak membenarkan anaknya dekat dengan pjah, takut ketularan penyakit 'malas'." anak kau nih pemalas lah cu, takut nanti aku aku pon terjangkit...".Bila di lihat dari masa ke semasa, perkembangan anak ini lambat dan memakan masa sebenarnya.Oleh itu, Ramai yang tidak menjangkakan bahawa pjah boleh setanding dengan rakan yang berada di Top 10 sekolah itu. Sesiapa pun tidak mengetahui, pjah sebenarnya memandang serius dalam setiap pembelajaranya, cuma perwatakan 'slumber' dia sukar orang lain jangkakan.Maktu malam, pjah selalu bermonolog sendiri, "pjah, you have study!! Kasi gempak result??!!" Pabila tiba waktu penerimaan keputusan, pjah berjaya memperoleh 4A Dalam UPSR malah menjangkau lebeh dari rakan baiknya.Ramai mak-mak kawannya tekejut dengan hasil keputusanya itu. Walau tidaklah memperolehi 5A, tapi keputusannya itu boleh dikatakan membanggakan.

Kini anak kecil itu telah mengenjak dewasa, 'muture' dalam erti lainnya menjadi titik permulaan dalam kehidupan seterusnya. Sampai bila pjah perlu bergantung harap keluarganya? Takkan laa sampai tua masih ingin berada di ketiak mak??? Itulah yang menjadi penguat azam untuk belajar dan terus belajar. Pjah sama, seperti anak2 seusianya yang lain.. Gadis remaja pasti menginginkan 'teman tapi mesra' supaya boleh berkongsi masalah dan kegembiraan.Ingin disayangi dan dilindungi oleh orang yg 'menyukai' kita. rakannya, Anis, gadis senyap dan malu itupun dalam diam menyukai rakan lelaki sekelasnya, Zack. Tasya, 'musuh' kelasnya juga memiliki teman tapi mesra malahan lebih dari satu.Hoho."pjah, kau nih low frofile betullah, orang lain seusia kita nih paling kurang dah 10 kali becinta, kau?! Satu pon tarrakk!" Jadi tidak hairan lah dengan persekitaran 'sebegini', juga mempengaruhi hormon remaja bernama pjah. "hmmm, tak boleh jadik nihh, aku kene melintasi si Tasya, biar aku cari sampai boleh buat koleksi..huhuu, TAPI kannnn....."Bagaimanapun, pjah cepat-cepat 'melarikan' dari masalah remaja. Dia tahu, bukan masanya lagi untuk dia memikirkan hati dan perasaan. Dia ingat pesan mak,"pjah, klu kamu nak suami yang soleh, maka kamu juga perlu berilmu","kemudian harta akan menyusulmu".Faham atau tidak maksud itu, dia tetap berpegang dengan pesan maknya itu.

"Alamak, lagi 3 bulan nak exam SPM nihh!!".. Dia termasuk rakan sekelasnya yang lain ibarat berada di sekolah militarry. Siang malam pagi petang, ada saja guru yang ingin membuat kelas tambahan. Sudahlah banyak kerja sekolah dan sekarang ditambah pula kelas tambahan yang mengambil masa berjam. Pulang saja, pjah pasti langsung terus ke kamar beradunya untuk tidur. Pesannya ulang kaji dalam masa 24 jam sudah tidak diendahkan, dia hanya mahu terus tidur. Berlama- lamaan tidur, pjah bangkit dari pembaringan bila merasakan seluruh badannya berasa lesu."What?! aku terlepas exam Bahasa Melayu?!!!". Dia lambat ke dewan peperiksaan hinggakan kawannya yang lain telah usai dan keluar dari dewan itu. Tiada apa perlu dikesalkan lagi..semuanya telah terjadi. Dia telah terlambat dan ini bermakna dia TIDAK akan lulus dalam SPM nanti kerna tak menjawab Kedua-dua kertas bahasa Melayu yang menjadi tunjang kecemerlangan. Pjah menangis sekuat hati," Tak mungkin, aku nak jawab kertas exam, someone help me please??!!!!" Pjah seperti hilang kewarasan apabila dia mulai mengamuk dan membaling bangku dan kerusi dalam dewan tersebut."gedebukkk!" tiba-tiba bunyi kuat kedengaran bersama suara ngeram, " aduhhh, sakitnya pinggul aku, ape aku buat kat bawah katil nihh?"...."bukankah ak tadi berada dalam dewan???" Pjah kehairanan... Kemudian, barulah dia perasan, "ah, aku mimpi rupanya!!"

Menggeleng-gelengkan kepala pjah bila teringat mimpinya siang tadi..Dia harap mimpinya itu tidak menjadi benar. Ini satu petanda, dia mesti bekerja keras belajar sambil tidak lupa makan dan mendapat rhat yang secukupnya. Masalah mencarinya, satu demi satu masalah mengejarnya. Baru sahaja dia beperang mulut dengan rakannya yang tidak puas hati dengan tindakan yang diambilnya. Sebagai seorang pengawas sekolah, pastinya ramai yang tidak berpuas hati, terutama orang yang melalukan kesalahan."kau nih nape pjah, suka cari pasal dengan aku, tanggungjawab laa konon!", "aku tak sangka ada kawan macam kau, kawan makan kawan!!". Pjah harus mempertaruhkan persahabatannya dengan tanggungjawab yang telah diamanah kepadanya. Jauh di sudut hatinya, dia rasa besalah namun itu adalah tindakan sewajarnya sebagai seorang pengawas.Sedar atau pon tidak, segala tanggungjawab itu dilaksanakan dengan baik tapi tak siapa menghargainya termasuk guru. Belum selesai masalah dengan kawannya itu, muncul pulak pemberitahuan bahawa dia akan menyertai PLKN awal tahun depan. Makin kucar kacir jadinya, exam tidak sampai sebulan dan masalah belum lagi selesai.Dia tidak menyukai PLKN dan kawannya terus-terusan 'menyerangnya' dengan kata-kata pedas. Sampai satu ketika, pjah berasa sangat penat menanggung semuanya hinggakan air mata bercucuran menitis. Bengkak matanya bila seharian mengurungkan diri dan menangis sepuas hati nya.

Selepas dia mendapat keputusan yang agak membanggakan di SPM. Segalanya telah berubah... Masalah yang dulu menghimpitnya kini menjadi satu kenangan paling bermakna di waktu bangku persekolahan. Dia telah pun usai menamatkan National Service. "pjah, macam mana NS kau, best?!..hihihiii".Pjah membalsnya, "amboii, perli nampak..hurmm, aku seronok kat sana, hari-hari kawad.hakhakhak".Kemudian, kedua-duanya ketawa..Senyum meleret pjah dengan perkembangan positif dalam hidupnya. Dan paling syukurnya, hubungan pjah dan rakannya itu telah kembali erat bila masing-masing sedar mana silapnya.Dalam buku yang dibacanya,'emosi tidak boleh ditangani dengan emosi sebaliknya gunalah kelembutan dan kesabaran'.Sama jugalah api perlu dilawan dengan air dan bukannya dengan api juga...Betul tindakanya dengan berdiam diri dan menjalaninya mampu menyelesaikan 'sipulan mati' itu kerana simpulan itu bukanlah sesungguhnya."Allah takkan menguji umatnya diluar kemampuan umatnya." dan "Allah menguji umatnya kerana sayang padanya dan ingin mengangkat darjat disisi-Nya"



*** Segala cerita ini adalah rekaan semata-mata... tidak ada kena mengena dengan sesiapa yg hidop atau telah meninggal.tq
.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...